Polis buru wanita curi gelang emas bernilai RM41,000

Suspek melarikan diri bersama dua utas gelang bernilai RM41,000. Foto PDRM
Suspek melarikan diri bersama dua utas gelang bernilai RM41,000. Foto PDRM
A
A
A

KUALA PILAH - Polis sedang mengesan seorang wanita yang disyaki mencuri barang kemas bernilai RM41,000 dari sebuah kedai emas di daerah ini, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Gani berkata, kejadian berlaku pada 3 Januari lalu jam 4.05 petang membabitkan suspek wanita, disyaki warga tempatan berusia 30-an.

"Suspek memakai baju berwarna hijau, berseluar hitam, memakai tudung, bercermin mata dan memakai pelitup muka berwarna hitam.

"Dua utas rantai tangan emas seberat 132.75 gram dilarikan suspek bernilai RM41,085," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Perbuatan suspek dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Foto PDRM
Perbuatan suspek dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Foto PDRM

Ujarnya, kes disiasat di Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan hukuman pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

"Pihak polis menyeru orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini memaklumkan kepada polis dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Inspektor Ridhuan Rosli di talian 014-6263495 atau 06-4842222.

"Boleh juga salurkannya melalui Pusat Kawalan Daerah IPD Kuala Pilah di talian 06-4842999 atau mana-mana Balai Polis berdekatan bagi membantu siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: