Polis buru suspek rusuhan di belakang Pejabat Daerah Kanowit

Mohd Azman - Foto: Bernama
Mohd Azman - Foto: Bernama
A
A
A

SIBU - Polis sedang memburu beberapa suspek dalam insiden rusuhan di belakang Pejabat Daerah Kanowit tengah hari Selasa yang menyebabkan dua lelaki cedera dan kenderaan milik mereka dirosakkan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri yang mengesahkan telah menerima laporan berhubung insiden itu pada Selasa berkata, rakaman kejadian sekitar pukul 1.30 tengah hari di tempat letak kereta pejabat daerah itu telah tular di media sosial.

"Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau seterusnya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden itu supaya memberi kerjasama dan menyalurkan sebarang maklumat mengenainya kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kanowit ASP Mohd Faizal Nawi dengan menelefon 016-8657432 atau IPD Kanowit 084-752222. - Bernama

Artikel Berkaitan: