Media tidak boleh dedah identiti pemberi rasuah

Pengamal media tidak mempunyai kuasa mendedahkan pelaku pemberi rasuah jika mereka masih belum didapati bersalah kerana tertakluk kepada prinsip melaporkan berita berdasarkan fakta. Gambar kecil: HAMDAN
Pengamal media tidak mempunyai kuasa mendedahkan pelaku pemberi rasuah jika mereka masih belum didapati bersalah kerana tertakluk kepada prinsip melaporkan berita berdasarkan fakta. Gambar kecil: HAMDAN
A
A
A

SHAH ALAM - Pengamal media tidak mempunyai kuasa mendedahkan pelaku pemberi rasuah jika mereka masih belum didapati bersalah kerana tertakluk kepada prinsip melaporkan berita berdasarkan fakta.

Pengerusi Rasuah Busters Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, Profesor Madya Dr Hamdan Daniel berkata, media perlu patuh kepada moral pemberitaan tepat yang mana mereka hanya melaporkan berdasarkan kenyataan dan keputusan pihak berkuasa.

“Dalam hal ini, kita sememangnya mahu identiti mereka didedahkan kepada umum sebagai salah satu cara mendidik masyarakat untuk menjauhi perbuatan terkutuk itu.

“Bagaimanapun, kita perlu memahami tugas media bahawa mereka hanya melaporkan berita berdasarkan maklumat diterima daripada pihak berkuasa,” katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu, pada 26 Disember lalu, akhbar melaporkan bekas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee mempersoalkan mengapa hanya penerima rasuah didedahkan secara umum sedangkan pemberi rasuah jarang diberi tumpuan.

Menurutnya, identiti pemberi rasuah seperti sengaja 'disenyapkan' daripada diketahui orang ramai.

Beliau turut mendakwa persepsi semakin buruk apabila pihak media seolah-olah memperbesarkan laporan berita penerima rasuah.

Mengulas kenyataan itu, Hamdan berkata, media tidak boleh sewenang-wenangnya mendedahkan identiti pemberi rasuah sekiranya mereka belum didapati bersalah.

Artikel Berkaitan:

"Kalau mereka (media) buat tindakan ini, ia membuktikan media tempatan tidak mempunyai etika dalam melaporkan berita.

“Bagaimanapun, saya sokong untuk kita dedah identiti pemberi rasuah tetapi biarlah pihak berkuasa menjalankan tugas mereka terlebih dahulu. Jika didapati bersalah, maka kita boleh dedahkan identiti mereka,” ujarnya.