Polis buka kertas siasatan Himpunan Bangkit Pertahankan Jawi

Mazlan Lazim
Mazlan Lazim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis membuka kertas siasatan berhubung penganjuran Himpunan Bangkit Pertahankan Jawi Haramkan Dong Zong yang diadakan di ibu negara semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya akan memanggil penganjur himpunan berkenaan iaitu Gabungan Mahasiswa SeMalaysia (Gamis) dalam masa terdekat.

Menurutnya, penganjur sepatutnya menyerahkan notis untuk berhimpun terlebih dahulu kepada polis, namun mereka gagal berbuat demikian.

"Kita akan memanggil penganjur secepat mungkin untuk membantu siasatan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Pihak kita sudah membuat laporan polis dan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012. Kita akan jalankan siasatan lanjut mengikut peruntukan sedia ada," katanya.

Media sebelum ini melaporkan seramai 200 mahasiswa daripada universiti awam menyertai perhimpunan berkenaan semalam.

Peserta perhimpunan itu berkumpul di Masjid Negara kira-kira jam 2 petang sebelum berarak ke hadapan kompleks beli-belah Sogo, di Kuala Lumpur.

Presiden Gamis, Saifullah Baiduri berkata, perhimpunan itu dianjurkan pihaknya bagi menggesa Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) supaya tidak membangkitkan isu berkaitan tulisan jawi.

Artikel Berkaitan: