Banjir Johor: Tujuh sekolah agama tangguh peperiksaan

Sekolah Rendah Agama Bersepadu Kota Tinggi terpaksa menangguhkan peperiksaan penggal kedua bagi Tahun Empat dan Lima kerana terlibat dengan banjir. - Foto: FB SRAB Kota Tinggi, gambar kecil: Mohd Fared
Sekolah Rendah Agama Bersepadu Kota Tinggi terpaksa menangguhkan peperiksaan penggal kedua bagi Tahun Empat dan Lima kerana terlibat dengan banjir. - Foto: FB SRAB Kota Tinggi, gambar kecil: Mohd Fared
A
A
A

KOTA TINGGI - Tujuh sekolah agama (SA) di daerah ini terpaksa menangguhkan peperiksaan penggal kedua bagi Tahun Empat dan Lima kerana terlibat dengan banjir.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, penangguhan itu melibatkan SA Taman Sri Saujana; SA Bandar; SA Ladang Nam Heng dan Sekolah Rendah Agama Bersepadu Kota Tinggi.

"Ini termasuk SA Rantau Panjang, SA Teluk Mahkota dan SA Taman Kota Jaya.

"Bagi SA Taman Sri Saujana penangguhan dibuat ekoran ramai guru-guru terlibat banjir yang tidak dapat melepasi ke sekolah.

"SA Bandar dan SA Ladang Nam Heng pula ditutup kerana terlibat banjir manakala empat lagi sekolah dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Menurutnya, mana-mana sekolah yang terjejas akibat banjir atau pun menjadi PPS, dibenarkan untuk beri cuti dan tangguh peperiksaan.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan terdapat lagi SA akan tutup memandangkan keadaan air banjir semakin naik pada ketika ini.

Artikel Berkaitan: