Lapan maut helikopter tentera terhempas di Taiwan

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

TAIPEI - Sekurang-kurangnya lapan terbunuh dalam nahas helikopter di Taiwan hari ini, menurut Kementerian Pertahanan menjelang Pilihan Raya Presiden yang diadakan di negara itu pada 11 Januari ini.

Ketua Turus Am, Shen Yi-ming bersama tiga mejar jeneral adalah antara pegawai kanan tentera yang maut selepas helikopter Black Hawk terhempas di kawasan pergunungan berhampiran Taipei.

Yi-ming, 62, bersama rombongan itu dilaporkan terlibat dalam misi rutin untuk melawat tentera di daerah Yilan ketika kemalangan itu berlaku.

Yi-ming antara pegawai kanan tentera yang terkorban dalam nahas helikopter itu pada hari ini. - Foto AFP
Yi-ming antara pegawai kanan tentera yang terkorban dalam nahas helikopter itu pada hari ini. - Foto AFP

"Lima penumpang lain bagaimanapun terselamat. Kami sangat berdukacita dengan kejadian ini dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa," kata Komander Tentera Udara, Hsiung Hou-chi.

Susulan kejadian itu, pejabat Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen mengumumkan beliau akan membatalkan kesemua aktiviti kempen pilihan raya selama tiga hari.

"Pasukan Kabinet akan memfokuskan operasi menyelamat dan menyiasat punca nahas tersebut," kata pejabatnya dalam satu kenyataan. - AFP

ARTIKEL BERKAITAN: Jeneral tentera hilang selepas helikopter mendarat cemas

Artikel Berkaitan: