Jeneral tentera hilang selepas helikopter mendarat cemas

Shen Yi-ming
Shen Yi-ming
A
A
A

TAIPEI - Seorang pegawai kanan tentera Taiwan dilaporkan hilang selepas helikopter yang dinaikinya membuat pendaratan cemas.

Menurut Kementerian Pertahanan Taiwan, misi menyelamat sedang dijalankan untuk mencari 13 orang termasuk Jeneral Tentera Udara, Shen Yi-ming.

"Helikopter UH-60M mendarat cemas di pergunungan berhampiran Taipei atas sebab yang tidak diketahui selepas berlepas untuk misi rutin melawat tentera di daerah Yilan menjelang tahun baru.

"Beberapa orang masih hilang termasuk Yi-ming. Ada juga yang ditemui masih hidup. Sebuah pasukan telah dihantar untuk misi menyelamat," jelas kementerian tersebut.

Nahas itu berlaku seminggu sebelum negara itu mengadakan Pilihan Raya Umum dan Parlimen pada 11 Januari depan. - Agensi

Artikel Berkaitan: