Guru 'kantoi' umpat murid OKU dipanggil beri penjelasan

Raisin. Gambar kecil: JPNS tidak berkompromi dengan sebarang perbuatan guru yang bercanggah dengan etika profesion keguruan - Gambar hiasan 123RF
Raisin. Gambar kecil: JPNS tidak berkompromi dengan sebarang perbuatan guru yang bercanggah dengan etika profesion keguruan - Gambar hiasan 123RF
A
A
A

KOTA KINABALU - Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) akan memanggil guru yang didakwa mengumpat murid orang kurang upaya (OKU) dalam sebuah video yang tular di media sosial baru-baru ini.

Pengarah JPNS, Datuk Raisin Saidin berkata, Jabatan Pendidikan memandang serius dan segera menyiasat perkara terbabit.

"JPNS telah melaksanakan siasatan kes ini dan akan memanggil guru terlibat untuk memberikan penjelasan.

"JPNS tidak berkompromi dengan sebarang perbuatan guru yang bercanggah dengan etika profesion keguruan," katanya ketika dihubungi bagi mengulas berhubung isu berkenaan.

Menurutnya, JPNS sebelum ini telah memberikan peringatan kepada guru agar tidak memuat naik sebarang komen terhadap murid di media sosial.

"Pihak JPNS telah memberikan peringatan kepada semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pengetua serta guru besar supaya sentiasa memberi peringatan kepada guru agar tidak memuat naik sebarang komen mengenai murid sama ada dalam bentuk TikTok ataupun media sosial lain yang boleh menjatuhkan maruah murid.

"Murid ini seharusnya disayangi lebih-lebih lagi murid berkeperluan khas," ujarnya.

Sebelum itu, tular satu video di aplikasi TikTok mengenai luahan seorang bapa bahawa anaknya dikutuk dalam kumpulan WhatsApp kelas.

Artikel Berkaitan:

Tindakan itu dilakukan oleh seorang guru yang dipercayai telah tersalah hantar mesej ke dalam kumpulan WhatsApp tersebut sebelum memadam mesej berkenaan.

Namun mesej tersebut sempat ditangkap layar oleh bapa murid terbabit sebelum ditularkan di media sosial.