Karakter seram di rumah hantu diinspirasi dari filem

Karakter seram dalam rumah hantu diinspirasikan daripada pelbagai watak genre mistik dan trailer filem tempatan serta luar negara sempena Festival Seram Buku Prima di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Sabtu. Foto Sinar Harian-MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Karakter seram dalam rumah hantu diinspirasikan daripada pelbagai watak genre mistik dan trailer filem tempatan serta luar negara sempena Festival Seram Buku Prima di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Sabtu. Foto Sinar Harian-MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
A
A
A

SHAH ALAM - Karakter seram dalam rumah hantu Festival Seram Buku Prima diinspirasikan daripada pelbagai watak genre mistik dan trailer filem tempatan serta luar negara.

Pengarah Kreatifnya, Nor Azam Syah Razmi berkata, ia mengambil kisah dari filem Johnny Gruesome, Wrong Turn, Annabelle, Saw, Pocong, Munafik, Langsuir dan sebagainya.

Menurutnya, 10 jenis hantu hidup dan prop-prop mistik khas daripada pakar digital dipamerkan bagi menghidupkan suasana seram dalam rumah hantu tersebut.

“Kami juga sediakan teknologi terkini seperti tayangan hologram, kawasan perkuburan, kesan khas dan lain-lain.

“Laluan-laluan dalam rumah hantu pun agak panjang dan sangat berbaloi dengan RM10 seorang daripada setiap generasi,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Festival yang berlangsung selama tiga hari bermula 5 hingga 7 Januari itu menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti Buletin TikTok Seram, pendedahan eksklusif wartawan Sinar Harian dan penampilan khas Pengarah Filem Seram, Dr Ahmad Idham yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini.

Nor Azam turut memaklumkan, kehadiran pengunjung berjaya mencapai sasaran iaitu seramai 1,100 orang yang hadir ke rumah hantu tersebut.

Artikel Berkaitan:

'Pembunuh' dalam permainan 'werewolf' menunjukkan mangsa untuk dibunuh. Foto Sinar Harian-MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
'Pembunuh' dalam permainan 'werewolf' menunjukkan mangsa untuk dibunuh. Foto Sinar Harian-MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

“Hari kedua, rumah hantu berjaya mencapai dan melepasi sasaran setakat jam 4.30 petang.

“Harga tiket RM10 untuk seorang sudah memadai kerana tidak banyak rumah hantu lain yang menawarkan harga sebegitu,” tambahnya.

Dalam pada itu, Eksekutif Pemasaran Grup Buku, Nurul Shahirah Jasman berkata, permainan ‘werewolf’ dijalankan sebanyak tiga kali dengan mengumpulkan seramai lapan pemain dalam satu slot.

Tambahnya, pemain akan mencari ‘werewolf’ dan pemenang ditentukan melalui peserta yang bertahan sehingga ke peringkat akhir.

“Tiga kumpulan pertama telah bermain pada jam 3 petang akan diselang-seli dengan sesi pendedahan eksklusif wartawan Sinar Harian.

“Ramai remaja yang bermain tetapi sambutan daripada orang dewasa juga sangat memberangsangkan,” ujarnya.