Festival Seram Buku Prima 2024 himpun penggemar genre mistik

Rumah hantu yang dihiaskan dengan suasana penuh seram.
Rumah hantu yang dihiaskan dengan suasana penuh seram.
A
A
A

FESTIVAL Seram Buku Prima 2024 yang diadakan selama tiga hari di Kompleks Kumpulan Karangkraf bermula Jumaat hingga Ahad ini memberi peluang dan pengalaman kepada pengunjung untuk merasai suasana seram yang mendebarkan.

Pengalaman berbeza ini menjadi tarikan utama untuk berhibur dalam persekitaran seperti yang kerap digambarkan dalam filem atau novel seram khusus kepada penggemar genre mistik.

Terdapat pelbagai aktiviti disediakan kepada pengunjung termasuk pameran, rumah hantu, pertandingan teater, gerai jualan makanan dan buku seram termasuk reruai oleh Sinar Harian iaitu Zon Keras yang mengetengahkan isu misteri, psiko serta thriller.

Antara tarikan paling menarik di zon tersebut ialah bilik pengakuan dan soal siasat yang biasa dilakukan oleh polis.

Festival Seram Buku Prima 2024 bakal berlangsung di Kompleks Karangkraf,
Shah Alam dari 5 hingga 7 Januari ini.
Festival Seram Buku Prima 2024 bakal berlangsung di Kompleks Karangkraf, Shah Alam dari 5 hingga 7 Januari ini.

Pengunjung berpeluang mendengar perkongsian eksklusif mengenai pengalaman wartawan berdepan kejadian mistik ketika menjalankan tugas dalam bidang penulisan jenayah.

Penulis juga menyaksikan pelbagai ragam pengunjung ketika masuk ke rumah hantu yang dihiaskan dengan suasana penuh seram.

Ini kerana, watak hantu daripada novel seram Buku Prima seperti Margasatwa, Jangan Biar Masuk, Lengloi, Pocong Balik Rumah dan sebagainya ditampilkan secara langsung melalui Sumpahan Rumah Hantu.

Artikel Berkaitan:

Festival seperti ini wajar dilaksanakan pada setiap tahun yang bukan sahaja untuk memberi pengalaman seram atau mistik kepada pengunjung malah menghimpunkan peminat genre ini di bawah satu bumbung.

Antara persembahan pelajar dalam Pertandingan Teater Seram sempena Festival Seram Buku Prima 2024 di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Jumaat.
Antara persembahan pelajar dalam Pertandingan Teater Seram sempena Festival Seram Buku Prima 2024 di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Jumaat.

Ia menjadi platform untuk mengumpulkan kesemua penggemar karya seram daripada pelbagai industri penerbitan seperti buku, filem, drama dan sebagainya.

Melalui festival ini, perkongsian idea sama ada dalam bidang penulisan atau lakonan dapat dikembangkan dengan lebih meluas.

Festival ini juga dapat mengasah bakat penulisan dan lakonan pelajar melalui pertandingan menulis cerpen dan teater yang dipersembahkan kepada penonton.