24 perokok kena kompaun di Kedah

Penguatkuasa Kesihatan Kedah mengenakan kompaun kepada seorang pesalah yang merokok di kaki lima sebuah restoran di Alor Setar pagi ini. Gambar kecil: Dr Ismail
Penguatkuasa Kesihatan Kedah mengenakan kompaun kepada seorang pesalah yang merokok di kaki lima sebuah restoran di Alor Setar pagi ini. Gambar kecil: Dr Ismail
A
A
A

ALOR SETAR - Jabatan Kesihatan Kedah mengeluarkan sebanyak 24 kompaun kepada individu yang masih berdegil merokok di kawasan larangan di seluruh negeri ini melalui operasi semalam.

Exco Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, kompaun dikeluarkan kepada 19 individu dewasa, satu individu bawah umur dan empat lagi peniaga yang mempamerkan tanda larangan merokok.

Menurutnya, sebanyak 192 premis perniagaan diperiksa dalam operasi hari pertama larangan merokok itu.

"Bagi kesalahan pertama, pesalah akan diberikan pengurangan kadar bayaran kompaun iaitu RM150 daripada RM250 jika bayaran dijelaskan dalam tempoh sebulan. Bagi kesalahan kedua, nilai kompaun dikenakan adalah RM250 tanpa pengurangan. Kompaun kali ketiga pula membabitkan denda RM350," katanya pada sidang akhbar di sebuah restoran selepas menyertai operasi larangan merokok di Alor Setar pagi ini.

Dr Ismail berkata, setakat ini semua pesalah yang dikenakan kompaun memberi kerjasama baik kerana mereka sedar kempen dilakukan sejak setahun lalu.

Beliau berkata, kerajaan Kedah tidak akan menyediakan kawasan khas untuk merokok dan tidak menggalakkan mana-mana pemilik premis melakukannya.

"Langkah itu dilihat bertentangan dengan prinsip dalam mempromosi kegiatan merokok serta usaha melindungi masyarakat daripada bahaya asap rokok," katanya.

Tambahnya, pihaknya selaras dengan usaha yang dijalankan Kementerian Kesihatan walaupun perokok dibenarkan merokok 3 meter dari kawasan premis.

Artikel Berkaitan: