Terowong runtuh di Zimbabwe, 11 pelombong dikhuatiri terperangkap

Sebelas pelombong dikhuatiri terperangkap selepas terowong di sebuah lombong emas di Zimbabwe runtuh pada Khamis. - Foto Agensi
Sebelas pelombong dikhuatiri terperangkap selepas terowong di sebuah lombong emas di Zimbabwe runtuh pada Khamis. - Foto Agensi
A
A
A

HARARE - Sebelas pelombong dikhuatiri terperangkap selepas terowong di sebuah lombong emas di Zimbabwe runtuh pada Khamis.

Menteri Pembangunan Perlombongan Soda Zhemu berkata, kejadian berlaku di Redwing Mine yang terletak di Penhalonga di wilayah Manicaland.

Beliau berkata, misi mencari dan menyelamat berdepan halangan berikutan pergerakan tanah yang masih berlaku.

"Seramai 11 orang disyaki terperangkap di bawah tanah, kira-kira 20 meter di bawah permukaan. Punca runtuhan masih belum dapat dipastikan.

"Anggota penyelamat cuba masuk ke dalam terowong namun terpaksa berundur berikutan pergerakan tanah masih dikesan," kata Zhemu.

Menurut polis, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian, lapor Xinhua pada Jumaat. - Bernama-Xinhua

Artikel Berkaitan: