Warga emas Orang Asli hilang sejak Khamis

Pasukan bomba dan polis bersama penduduk kampung melakukan pencarian dengan radius 4km kawasan hutan di Kampung Saseh, Pos Perwor, Sungai Siput pada Sabtu. Foto: Ihsan Bomba Perak (Gambar kecil: Ali)
Pasukan bomba dan polis bersama penduduk kampung melakukan pencarian dengan radius 4km kawasan hutan di Kampung Saseh, Pos Perwor, Sungai Siput pada Sabtu. Foto: Ihsan Bomba Perak (Gambar kecil: Ali)
A
A
A

SUNGAI SIPUT - Seorang lelaki warga emas dari masyarakat Orang Asli dilaporkan hilang dalam kejadian di Kampung Saseh, Pos Perwor dekat sini sejak Khamis.

Mangsa, Ali Pandak, 68, disedari hilang dari rumahnya sekitar jam 8.30 pagi dan pencarian awal dilakukan penduduk di kawasan sekitar berikutan mangsa tidak pernah keluar sendirian atas faktor kesihatan.

Usaha itu bagaimanapun gagal sebelum laporan polis dibuat pada Jumaat.

Pasukan bomba dan polis mendengar taklimat operasi sebelum melakukan pencarian di sekitar kawasan Saseh, Pos Perwor, Sungai Siput. - Foto: Ihsan Bomba Perak
Pasukan bomba dan polis mendengar taklimat operasi sebelum melakukan pencarian di sekitar kawasan Saseh, Pos Perwor, Sungai Siput. - Foto: Ihsan Bomba Perak

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput, Mohd Jamalludin Mat Yusop berkata, sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima makluman daripada polis pada jam 2.34 petang.

"Seramai 20 anggota melibatkan bomba, polis dan penduduk kampung melakukan pencarian di kawasan kebun getah berhampiran rumah mangsa pada Jumaat.

"Operasi kemudian diteruskan pagi ini dengan radius pencarian diperluaskan sehingga empat kilometer ke kawasan hutan berhampiran," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Menurutnya, operasi hari kedua itu masih belum menemukan sebarang petunjuk dan usaha mencari masih diteruskan.

Artikel Berkaitan: