Israel mahu usir penduduk Gaza ke Congo

Penduduk Gaza terpaksa berpindah-randah kerana tiada kawasan yang selamat daripada hujan bom sejak tiga bulan lalu. Foto AFP
Penduduk Gaza terpaksa berpindah-randah kerana tiada kawasan yang selamat daripada hujan bom sejak tiga bulan lalu. Foto AFP
A
A
A

TEL AVIV - Israel merancang untuk mengadakan rundingan sulit bersama Republik Demokratik Congo dan negara lain berhubung rancangan jahat mereka mahu mengusir penduduk Palestin dari bumi Gaza.

Komplot tersebut didedahkan akhbar berbahasa Hebrew, Zman Yisrael pada Rabu selepas pelan migrasi atau Nakba (malapetaka) kedua itu menjadi agenda utama kerajaan ekstremis pimpinan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan 'Kabinet perang'.

Pemimpin Parti Likud itu dikatakan telah memberikan lampu hijau terhadap rancangan pengusiran penduduk Gaza dan dipersetujui barisan Kabinet berhaluan kanan yang memulakan rundingan bersama Kinshasa untuk destinasi penempatan semula golongan tersebut.

“Congo bersedia menerima 'kumpulan migran' itu dan kami juga berunding dengan pihak lain untuk proses sama,” ujar sumber rapat Kabinet perang rejim Tel Aviv.

Ketika ini, lebih 90 peratus daripada kira-kira 2.3 juta penduduk Gaza telah kehilangan tempat tinggal selepas perang ganas berlarutan selama tiga bulan di wilayah terkepung itu.

Difahamkan, Netanyahu juga menyokong penuh idea 'Nakba kedua' dan sedang berusaha mencari negara yang sudi menerima penduduk Gaza.

Bagaimanapun, rancangan pengusiran itu yang dicanangkan dua menteri ekstremis, Itamar Ben-Gvir dan Bezalel Smotrich mengundang kritikan sekutu kuat mereka, Amerika Syarikat (AS) pada awal minggu lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant membentangkan pelan untuk pentadbiran pasca perang di Gaza yang menunjukkan wilayah itu tidak lagi akan ditadbir oleh Hamas.

Artikel Berkaitan:

Rancangan itu juga menyebut badan tempatan Palestin akan mengambil alih tadbir urus dan rejim Tel Aviv tetap berhak untuk beroperasi di wilayah tersebut. - Agensi