Serangan Israel: Kira-kira 90,000 penduduk Gaza maut, hilang, cedera

Serangan udara, darat dan laut Israel telah memusnahkan kira-kira 70 peratus infrastruktur awam di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober. Foto AFP
Serangan udara, darat dan laut Israel telah memusnahkan kira-kira 70 peratus infrastruktur awam di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober. Foto AFP
A
A
A
LONDON - Lebih 90,000 orang iaitu kira-kira empat peratus daripada penduduk di Gaza maut, cedera atau hilang, menurut Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med pada Jumaat.

Agensi kemanusiaan yang berpangkalan di Geneva itu menjelaskan bahawa serangan udara, darat dan laut Israel telah memusnahkan kira-kira 70 peratus infrastruktur awam di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober.

Agensi itu mendakwa Israel menjadikan Semenanjung Gaza sebagai kawasan tidak boleh didiami, lapor Agensi Anadolu.

"Israel mendorong pengusiran ratusan ribu orang awam secara paksa,” menurut kenyataan Euro-Med.



Beratus-ratus mayat masih berada di jalan raya, terutamanya di kawasan tentera Israel melakukan pencerobohan darat.

Serangan Israel adalah 'percubaan jelas' untuk meluaskan wilayahnya merangkumi seluruh Semenanjung Gaza dengan melanggar undang-undang antarabangsa, 'merangkumi kemungkinan jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan, dan pembunuhan beramai-ramai'.
Artikel Berkaitan:


Merujuk kepada laporan bahawa Israel melarang bekalan kemanusiaan daripada memasuki Semenanjung Gaza dengan lebih kerap, Euro-Med mendakwa Israel menggunakan 'kebuluran sebagai senjata'.

Ia mengulangi tuntutan agar pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk menyiasat 'pelanggaran yang telah didokumenkan secara meluas sejak Israel memulakan pembunuhan beramai-ramai ke atas Gaza'.

Israel telah melancarkan serangan udara dan darat tanpa henti di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober, membunuh sekurang-kurangnya 22,600 rakyat Palestin manakala 57,910 yang lain cedera. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!