Lelaki bunuh majikan direman tujuh hari

Laporan Sinar Harian pada Khamis.
Laporan Sinar Harian pada Khamis.
A
A
A

IPOH - Lelaki yang dipercayai membunuh majikannya di sebuah kedai serbaneka di Taman Rasi Jaya dekat Menglembu di sini pada Khamis direman selama tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, suspek berusia 54 tahun itu direman bermula Jumaat sehingga Khamis depan.

"Perintah reman telah dibenarkan oleh Mahkamah Majistret Ipoh bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Dalam kejadian sekitar jam 10.55 pagi itu, mangsa, Lee Siew Lean, 49, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah selepas ditikam dengan pisau.

Kejadian turut mengakibatkan teman lelaki mangsa berusia 42 tahun cedera selepas cuba membantu menyelamatkan mangsa.

Yahaya berkata, bedah siasat yang dijalankan mengesahkan kematian mangsa disebabkan pendarahan berlebihan akibat luka tikaman di bahagian dada.

Artikel Berkaitan: