[VIDEO] Wanita maut ditikam dalam pergaduhan

A
A
A

IPOH - [DIKEMAS KINI] Seorang wanita maut dipercayai ditikam pekerja dalam satu pergaduhan di sebuah kedai serbaneka di Taman Rasi Jaya dekat Menglembu di sini pada Khamis.

Dalam kejadian sekitar jam 10.55 pagi itu, mangsa Lee Siew Lean, 49, yang juga pemilik perniagaan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Orang ramai mengerumuni lokasi kejadian seorang wanita maut dipercayai dibunuh.
Orang ramai mengerumuni lokasi kejadian seorang wanita maut dipercayai dibunuh.

Kejadian turut mengakibatkan teman lelaki mangsa berusia 42 tahun cedera selepas cuba membantu menyelamatkan mangsa.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, siasatan awal mendapati, berlaku perselisihan faham antara mangsa dengan seorang pekerjanya mengenai masalah kewangan.

"Disebabkan perkara itu, pekerja lelaki berusia 54 tahun terbabit telah menikam mangsa menggunakan senjata tajam," katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa yang juga pemilik perniagaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dengan kesan tikaman.
Mangsa yang juga pemilik perniagaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dengan kesan tikaman.

Beliau berkata, suspek warga tempatan yang turut cedera dalam kejadian itu berjaya diberkas polis.

Katanya, semakan mendapati, suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau.

"Polis akan mendapatkan perintah reman ke atas suspek esok (Jumaat). Kes diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Anggota forensik menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
Anggota forensik menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:


Tinjauan di lokasi mendapati, pasukan forensik yang menjalankan siasatan menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu.

Sementara itu, saksi kejadian yang ditemui ada mendengar suara jeritan seorang wanita.

"Saya ingatkan itu jeritan biasa, tak sangka ada kes pergaduhan hingga membawa kematian," katanya yang enggan dikenali.

Pasukan forensik yang menjalankan siasatan menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu.
Pasukan forensik yang menjalankan siasatan menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu.