Jari murid Tahun Tiga tersekat pada tombol pintu

Anggota bomba tiba di Klinik Kesihatan Sri Langkap untuk mengeluarkan jari murid lelaki Tahun Tiga yang tersekat pada lubang tombol pintu.
Anggota bomba tiba di Klinik Kesihatan Sri Langkap untuk mengeluarkan jari murid lelaki Tahun Tiga yang tersekat pada lubang tombol pintu.
A
A
A

SETIU - Seorang murid lelaki Tahun Tiga terpaksa menahan kesakitan setelah jari tangan kanannya tersekat pada lubang tombol pintu dalam kejadian di sebuah sekolah di sini pada Khamis.

Difahamkan, murid berkenaan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Sri Langkap oleh guru bertugas sebelum pihak klinik menelefon bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Setiu, Mohd Razli Rapiae berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 12.05 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Anggota bomba mengeluarkan jari murid yang tersangkut pada tombol pintu pada Khamis.
Anggota bomba mengeluarkan jari murid yang tersangkut pada tombol pintu pada Khamis.

"Seramai sembilan anggota bomba bersama pegawai digerakkan ke lokasi tersebut untuk mengeluarkan jari mangsa yang tersangkut.

"Pihak bomba mengambil masa selama 45 minit untuk memotong tombol pintu itu dengan menggunakan alatan khas," katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Menurut Mohd Razli, murid berkenaan diserahkan kepada pihak klinik untuk rawatan lanjut selepas tombol pintu itu berjaya dipotong.