Banjir: Agrobank tawar moratorium, pelan bantuan pembayaran

Datuk Tengku Ahmad Badli Shah
Datuk Tengku Ahmad Badli Shah
A
A
A

SHAH ALAM - Agrobank mengumumkan pelan bantuan banjir bagi pelanggan-pelanggan sedia ada yang terkesan berikutan bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini.

Pelan bantuan tersebut merupakan pelan bantuan pembayaran iaitu penjadualan atau penstrukturan semula pembiayaan dan tawaran moratorium sehingga enam bulan, khusus untuk pelanggan-pelanggan bank yang layak.

Pelan itu ditawarkan kepada pelanggan Agrobank yang terjejas akibat banjir di Selangor, Pahang, Terengganu, Kelantan dan negeri-negeri lain di seluruh negara.

Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, Agrobank Kami memahami kesukaran pelanggannya yang terkesan akibat banjir baru-baru ini.

"Agrobank proaktif dalam merangka pelan-pelan khusus untuk mengurangkan beban yang dihadapi mereka dan diharapkan bantuan pembayaran ini membantu mereka dalam mengharungi tempoh mencabar ini.

“Saya dimaklumkan ada di antara pelanggan kami yang mengalami kerosakan pada harta benda, ladang dan kegiatan pertanian mereka. Ini secara tidak langsung memberi kesan kepada sumber

pendapatan dan perniagaan mereka," katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata, ada pelanggan memerlukan penangguhan dalam melaksanakan tanggungjawab kewangan mereka untuk memulihkan semula perniagaan.

Artikel Berkaitan:

"Bagi pelanggan yang layak, mereka boleh memohon untuk mendapatkan kemudahan bagi membina semula perniagaan masing-masing.

"Kami di Agrobank juga akan turut menghubungi para pelanggan kami bagi membantu mereka menghadapi situasi ini," kata Tengku Ahmad Badli Shah.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Bantuan Banjir Agrobank, sila hubungi pusat perkhidmatan pelanggan Agrobank di 1300-88-2476 atau boleh memohon di laman sesawang Agrobank di www.agrobank.com.my atau berkunjung ke mana-mana cawangan Agrobank.