Ramai kurang sedar waktu mandi sunat Jumaat

RAMAI menganggap mereka tidak sempat untuk mandi sunat Jumaat sebelum menunaikan solat Jumaat.
RAMAI menganggap mereka tidak sempat untuk mandi sunat Jumaat sebelum menunaikan solat Jumaat.
A
A
A

SELAIN mereka yang menetap di Johor, Kelantan, Terengganu dan Kedah, ramai yang bekerja pada hari Jumaat.

Tidak hairanlah disebabkan itu ada yang beranggapan mereka tidak berkesempatan untuk mandi sunat Jumaat kerana alasan tersebut.

Ketahuilah bahawa sunat mandi Jumaat sebenarnya bermula dari terbit fajar hingga sebelum mula solat Jumaat.

Demikian jelas pendakwah Ustaz Addien Abdul Kadir menerusi akaun platform X miliknya.

USTAZ ADDIEN
USTAZ ADDIEN

Jelas beliau, ia merupakan pandangan Mazhab Syafie sebagaimana dinukilkan dalam kitab al-Majmu'.

"Cuma waktu paling afdal adalah mengakhirkan mandi Jumaat hingga waktu mahu pergi solat Jumaat.

Artikel Berkaitan:

"Ini kerana tujuan utama sunnah mandi Jumaat adalah untuk hadir solat Jumaat dalam keadaan bersih dan mengelakkan bau tidak disenangi ketika berkumpulnya kaum Muslimin saat itu," katanya.

TUJUAN utama sunnah mandi Jumaat adalah untuk hadir solat Jumaat dalam keadaan bersih dan mengelakkan bau tidak disenangi ketika berkumpulnya kaum Muslimin saat itu
TUJUAN utama sunnah mandi Jumaat adalah untuk hadir solat Jumaat dalam keadaan bersih dan mengelakkan bau tidak disenangi ketika berkumpulnya kaum Muslimin saat itu

Justeru, Addien yang juga penulis buku kerohanian itu menyarankan supaya kita mengamalkan sunnah yang satu tersebut.

"Kalau mampu mandi betul-betul sebelum hendak pergi solat, itu terbaik.

"Jika tidak mampu kerana bekerja dan sebagainya, (ketika) mandi awal pagi itu, niatkan sekali mandi (sunat) Jumaat. Dapat ekstra pahala sunat Jumaat. Mandi pun dapat pahala sunat ekstra, rugilah kalau kita tak niat," ungkapnya.