Penyelam skuba menari dengan ikan jerung

No Image Caption
A
A
A

ST PETERSBURG - Pengunjung sebuah pusat beli-belah di Rusia disajikan persembahan mengejutkan apabila seorang penyelam skuba dilihat menari dengan seekor ikan jerung.

Dalam akuarium lut sinar itu, penyelam skuba terlatih terbabit memegang sirip ikan jerung dan badan haiwan pemangsa tersebut sebelum memimpin tarian dengan ayunan lemah lembut ke kiri dan ke kanan.

Rakaman yang diambil pada 27 Oktober lalu juga menunjukkan 'pasangan duet' terbabit benar-benar menikmati saat indah itu.

Planet Neptune Oceanarium mula dibuka pada 2006 dan dinamakan sebagai Oceanarium pertama di Rusia.

Dengan mempunyai 33 akuarium, ia juga merupakan rumah kepada hampir 150 spesies ikan, mamalia laut dan hidupan bawah air yang lain.

Selain mempamerkan pelbagai spesies haiwan, Oceanarium itu turut menganjurkan persembahan menarik antaranya Feeding The Seals dan The Shark Show. - Agensi

Artikel Berkaitan: