Sudah tahun baharu, namun sikap buang sampah merata masih sama

Keadaan sisa sampah makanan dan minuman bertaburan atas jalan ketika sambutan ambang tahun baharu. Foto Facebook DBKL
Keadaan sisa sampah makanan dan minuman bertaburan atas jalan ketika sambutan ambang tahun baharu. Foto Facebook DBKL
A
A
A

MELANGKAH ke tahun baharu 2024, pastinya ada dalam kalangan kita memasang azam baharu atau sekurang-kurangnya membawa niat yang sebelum ini belum tertunai untuk dilunaskan tahun ini.

Mungkin juga ada yang bertekad untuk berubah menjadi insan lebih baik daripada sebelumnya, atau berhasrat untuk mengubah status kehidupan.

Semua itu perkara yang sepatutnya dipuji dan diberikan dorongan oleh mereka di sekeliling.

Bagaimanapun, satu isu yang menyebabkan Merak Jalanan kurang senang dengan sikap rakyat kita adalah masih membuang sampah di merata-rata tempat tanpa memikirkan kesannya kelak.

Ini dapat dilihat menerusi sambutan ambang tahun baru di mana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi hantaran di Facebook menyatakan kekesalan susulan beberapa lokasi tumpuan dicemari sampah bertaburan.

Kita baru sahaja masuk ke tahun baharu tetapi sikap dan mentaliti masih sama. Apakah pertambahan tahun ini tidak membawa apa-apa makna buat segelintir rakyat kita?

Adakah mereka hanya datang semata-mata untuk berseronok bersorak melihat bunga api dan pulang ke rumah tanpa ada rasa bersalah.

Nampaknya kesedaran tentang tanggungjawab mengenai kebersihan dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah.

Artikel Berkaitan:

Sepatutnya mereka yang lebih dewasa menunjukkan teladan baik sebagai ikutan generasi lebih muda. Bagaimana anak-anak dicorakkan itulah hasilkan bila mereka dewasa.

Perlu diingatkan sekecil-kecil sampai yang dibuang merata jika dilakukan oleh ribuan manusia akhirnya akan menyebabkan longkang tersumbat, sungai dan laut akan tercemar.

Sudah tiba masanya rakyat kita berubah ke arah lebih baik terutama dalam tanggungjawab kepada sisa sampah sendiri sesuai dengan tahun baharu.