Konsert Epik Finale meriahkan tahun baharu di Lake Point Club

Lebih 1,000 penonton memeriahkan acara eksklusif sempena tahun baharu di Lake Point Club di Setia Alam Impian.
Lebih 1,000 penonton memeriahkan acara eksklusif sempena tahun baharu di Lake Point Club di Setia Alam Impian.
A
A
A

SHAH ALAM - Pemaju hartanah terkemuka, Setia SP Berhad meraikan sambutan tahun baharu dengan penganjuran konsert Epik Finale di Lake Point Club di Setia Alam Impian.

Lebih 1,000 penonton memeriahkan acara eksklusif menampilkan penyanyi terkenal, Vessel Liu dan Santesh Kumar serta persembahan biola oleh pemain biola, Endang Hyder.

Penyanyi rock terkenal, Datuk Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali dengan nama Datuk Awie pula tampil pada acara kemuncak sempena sambutan malam tahun baharu itu.

Dalam masa sama, sambutan itu juga diadakan sempena prapembukaan Lake Point Park, Lake Point Club dan Lake Point Central di komuniti perbandaran baharu tu sempena kedatangan 2024.

Pertunjukan bunga api memeriahkan detik jam 12 malam sambutan tahun baharu.
Pertunjukan bunga api memeriahkan detik jam 12 malam sambutan tahun baharu.

Pengurus Besar S P Setia Berhad, Datuk Muhamad Zaili Muhammad Yusof berkata, pembukaan rumah kelab dan lebih banyak ruang runcit di kawasan itu bagi memenuhi keperluan harian komuniti.

"Kami turut teruja mendedahkan lebih banyak projek komersial pada tahun baharu dan terus membentuk perbandaran ini untuk menjadi ruang yang meriah di mana komuniti boleh tinggal, belajar, bekerja dan bermain," katanya.

Setia Alam Impian terletak di lokasi strategik berdekatan dengan Shah Alam, Klang, dan Petaling Jaya, Setia dengan berkeluasan 500 hektar dan berdiri sebagai sebuah perbandaran baharu, Setia.

Artikel Berkaitan:

Datuk Awie tampil pada acara kemuncak konsert Epik Finale.
Datuk Awie tampil pada acara kemuncak konsert Epik Finale.

"Pada 2023, kami telah memperkenalkan Lake Point Central dan Lake Point Club, berfungsi sebagai hab runcit dan rumah kelab untuk kemudahan komuniti di kawasan masing-masing.

"Hab runcit berkembang maju itu juga menyediakan pelbagai kemudahan termasuk mesin ATM bagi mengakses akaun bank yang juga boleh digunakan masyarakat sekitar," katanya.

Perkembangan itu direka untuk memenuhi keperluan penduduk di perbandaran dan komuniti sekitarnya dengan menawarkan pengalaman membeli-belah dan kehidupan yang komprehensif di dalam sebuah perbandaran.

Para penonton teruja menyaksikan konsert Epik Finale.
Para penonton teruja menyaksikan konsert Epik Finale.

Dengan kapasiti penduduk dijangka melebihi 80,000 setelah ia siap sepenuhnya, perbandaran yang meriah itu menjanjikan pengalaman hidup yang lengkap untuk keluarga.

Orang ramai juga boleh meneroka pelancaran terbaharu syarikat hartanah terkemuka ini menerusi

https://www.spsetia.com/en-us/property/malaysia-(central)/selangor/alam-