Khazanah, CGC Digital umum pelaburan dalam Funding Societies

Funding Socieites membantu pelbagai syarikat perusahaan kecil dan sederhana dalam mendapatkan bantuan kewangan serta pembiayaan.
Funding Socieites membantu pelbagai syarikat perusahaan kecil dan sederhana dalam mendapatkan bantuan kewangan serta pembiayaan.
A
A
A

KHAZANAH Nasional Berhad (Khazanah) dan CGC Digital Sdn Bhd (CGC Digital) mengumumkan pelaburan dalam platform kewangan digital perusahaan kecil dan sederhana bersepadu terbesar di Asia Tenggara, Funding Societies.

Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir berkata, ia bertujuan untuk meluaskan akses bagi perniagaan yang tidak dan kurang mendapat perkhidmatan pembiayaan.

Amirul Feisal
Amirul Feisal

Menurutnya, pelaburan tersebut juga menggalakkan keterangkuman kewangan dan mengecilkan jurang pembiayaan, terutama dalam komuniti perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS).

“Sebagai tulang belakang ekonomi dan penyumbang hampir separuh pekerjaan dalam negara, peranan PMKS adalah penting.

“Pada masa sama, PMKS berdepan cabaran mendapatkan perkhidmatan pembiayaan. Jadi pelaburan ini selari dengan misi kami untuk menyumbang kepada pembangunan dan pertumbuhan sosioekonomi,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Funding Societies ditubuhkan pada 2015 merupakan syarikat pertama didaftarkan sebagai Pengendali Pasaran yang Diiktiraf (RMO) oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bermatlamat untuk menangani jurang pembiayaan RM90 bilion (AS$19 bilion) bagi PMKS.

Menjelang 2025, platform itu menyasarkan perkhidmatan kepada lebih 25,000 PMKS selain luar Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif CGC Digital, Yushida Husin berkata, pihaknya berhasrat untuk memacu kemajuan dalam membangunkan rangkaian produk jaminan digital inovatif untuk PMKS.

Yushida
Yushida

Ujarnya, pelaburan tersebut dilihat sebagai kemenangan strategik bagi pihak berkenaan dengan sejarah kredit yang singkat, boleh ditawarkan bersama produk pembiayaan melalui pelaburan Funding Societies.

“Ini bertujuan untuk meningkatkan peluang mereka mendapatkan pembiayaan yang amat diperlukan. Pada masa sama, ia menyokong aktiviti perniagaan PMKS secara langsung dan memajukan keterangkuman kewangan,” ujarnya.

Selain itu, Ahli Lembaga Pengarah dan Presiden syarikat induk CGG Digital, Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak berkongsi pendapat sama bahawa gabungan tenaga Khazanah dan Funding Societies mampu mencerminkan komitmen kumpulannya.

Mohd Zamree
Mohd Zamree

“Kerjasama itu untuk membawa PMKS terutamanya mereka dengan sejarah kredit yang singkat ke peringkat seterusnya,” ulasnya.

Sementara itu, bagi Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Funding Societies, Kelvin Teo pula turut berkongsi semangat untuk mencipta impak kepada PMKS.

Kelvin
Kelvin

Jelasnya, walaupun PMKS mewakili 97 peratus daripada perniagaan dan menyumbang 38 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), namun kumpulan tersebut masih menghadapi cabaran besar untuk mendapatkan kredit.

“Funding Societies akan berusaha membantu PMKS dalam pengurusan dan keperluan tunai mereka melalui capaian luas serta pilihan penyelesaian pembiayaan jangka pendek yang pelbagai,” tambahnya.