Anand Mahindra tertarik rekaan kereta sofa

Taikun aotomobil terkenal, Anand Mahindra memuji dua pemuda berbakat mengubah sofa menjadi sebuah kenderaan ringkas.
Taikun aotomobil terkenal, Anand Mahindra memuji dua pemuda berbakat mengubah sofa menjadi sebuah kenderaan ringkas.
A
A
A

NEW DELHI - Taikun aotomobil terkenal, Anand Mahindra merupakan pengguna tegar di media sosial kerana terkenal dengan ciapannya seperti topik lucu, motivasi dan video yang tular.

Pengerusi Mahindra Group itu mempunyai 10.9 juta pengikut di platform X atau dahulunya dikenali sebagai Twitter.

Baru-baru ini beliau berkongsi satu video menunjukkan dua pemuda berbakat mengubah sofa menjadi sebuah kenderaan ringkas.

Video yang dirakamkan sejak tiga tahun lalu menunjukkan perubahan luar biasa dari sebuah sofa kepada 'kereta sofa' dan boleh dipandu menjadi kereta biasa.

Mahindra memuji kreativiti dua anak muda mereka sofa menjadi kenderaan ringkas boleh dipandu di jalan raya. - Agensi
Mahindra memuji kreativiti dua anak muda mereka sofa menjadi kenderaan ringkas boleh dipandu di jalan raya. - Agensi

"Satu projek yang menyeronokkan? Ya, tetapi lihatlah semangat dan usaha kejuruteraan yang dilakukan mereka.

"Jika sebuah negara hendak menjadi pengeluar kereta besar-besaran, ia memerlukan ramai pereka 'garaj' seperti mereka...Selamat memandu anak-anak,' menurut ciapan yang dikongsi di X.

Dalam klip video 1 minit 45 saat, dua lelaki itu merakamkan seluruh proses dari membeli sofa dalam kedai atas talian dan mengubah sehingga menjadi kenderaan.

Artikel Berkaitan:

"Stereng dibuat untik mengerakkan kereta sofa ke kiri dan ke kanan. Pemulas kelajuan dan brek direka dengan dua pemegang pada tuil stereng,"menurut penerangan bagaimana kenderaan itu berfungsi.

Seperti Mahindra, pengguna internet turut kagum dengan inovasi dan memuji kreativiti pereka tersebut.

"'Inovasi kereta didorong oleh usaha berterusan jurutera yang bersemangat.

"Kebijaksanaan dan dedikasi di sebalik usaha sedemikian telah mendorong kami untuk maju ke hadapan,"menurut netizen. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!