SSPA akan disegerakan - PM

Anwar Ibrahim - Foto Bernama
Anwar Ibrahim - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kerajaan akan menyegerakan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang ditangguhkan sebelum ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, skim tersebut tidak dapat dilaksanakan tahun lalu kerana Kerajaan Perpaduan mewarisi kedudukan kewangan yang merumitkan daripada pentadbiran terdahulu.

"Kita mewarisi hutang RM1.5 trilion dengan defisit sekitar 5.6 peratus dan telah dapat mengurangkan sebanyak lima peratus," katanya menerusi ucapan perasmian Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di sini hari ini.

November lalu, Anwar berkata, skim gaji baharu untuk penjawat awam akan diumum sebelum akhir tahun ini selepas beberapa garis panduan akan disediakan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, penyelarasan gaji penjawat awam itu perlu dibuat selari maksud slogan anjakan paradigma yang sering dilaungkan.

Pada pembentangan Belanjawan 2024, kerajaan mengumumkan pemberian Bayaran Insentif Awal SSPA sebanyak RM2,000 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta bayaran insentif RM1,000 kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen.

Pada perkembangan sama, Anwar memuji jentera kerajaan yang mampu membuktikan keupayaan membangunkan PADU tanpa menggunakan khidmat konsultasi antarabangsa.

"Ini adalah keupayaan jentera kerajaan dengan usaha mereka sendiri membangunkan suatu perkara yang baharu," katanya.

Artikel Berkaitan: