‘Buka tirai 2024 dengan politik damai’- Khairuddin

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
A
A
A

SHAH ALAM - Semua pihak digesa untuk mengamalkan budaya politik damai sebagai pembuka tirai 2024 bagi memastikan keuntungan diperoleh sama rata.

Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, bagi menjayakan cadangan itu keutamaan perlu diberikan terhadap agama, negara dan rakyat serta mengamalkan sifat bersaudara dalam berpolitik.

“Berkasih dan sayang sangat penting bagi mengelakkan perselisihan yang akan menimbulkan kebencian dan tidak menguntungkan negara serta rakyat.

“Kemudian, amalkan sikap bersangka baik dan melihat sesuatu dengan penuh positif, mengambil kebaikan termasuk menampung kelemahan agar tidak mudah bersangka buruk.

“Keempat, menggunakan kata-kata indah dan cantik, bukan kata-kata buruk seperti mencela, mencaci, mencemuh kerana itu dilarang oleh Islam serta semua insan yang cintakan akhlak baik,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Isnin.

Tangkap layar video Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menerusi hantaran di Facebook pada Isnin
Tangkap layar video Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menerusi hantaran di Facebook pada Isnin

Tambah Khairuddin, ahli politik juga diingatkan supaya sentiasa mengeluarkan kritikan yang membina dan bukannya merosakkan sesama insan.

Jelasnya, kita perlu menyebarluaskan idea-idea baru dan menegur kesilapan bukannya mempunyai agenda mengutuk bagi menjatuhkan pihak lawan semata-mata.

Artikel Berkaitan:

“Dalam masa sama, politik perlu ke arah kebaikan dan menampung apa sahaja kelemahan sedia ada.

"Saya yakin jika budaya ini yang kita bawa, semua pihak akan mendapat untung, baik kerajaan mahupun pembangkang.

“Kerajaan mendapat untung, boleh jalankan kerja sebagai kerajaan. Pembangkang juga untung bukan sahaja peringkat persekutuan malah beberapa negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah. Jadi kalau kita lakukan politik damai ini, semua akan untung terutamanya negara dan rakyat,” ujarnya.