Karnival Pendidikan Sinar Bestari buka tirai hari ini

Karnival Pendidikan Sinar Bestari dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) akan membuka tirai secara rasminya bermula 8 hingga 10 September.
Karnival Pendidikan Sinar Bestari dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) akan membuka tirai secara rasminya bermula 8 hingga 10 September.
A
A
A

KARNIVAL Pendidikan Sinar Bestari merupakan karnival pendidikan yang terbesar di Selangor akan membuka tirainya pada hari ini.

Acara yang mendapat kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) itu menghimpunkan 100 pempamer dan lebih 50 aktiviti menarik yang disediakan kepada pengunjung sehingga 10 September.

Yang lebih menarik, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek turut hadir merasmikan karnival pendidikan tersebut pada jam 3 petang termasuk sesi soal jawab dalam Town Hall Rakyat Sinar Harian berkenaan hala tuju pendidikan baharu di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Terdapat 100 pempamer antaranya adalah Bank Rakyat, KDEB Waste Management (KDEBWM), KPM, Israk Solutions Sdn Bhd, Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Yayasan Selangor, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) dan Kolej Risda.

Selain itu, AirAsia Academy, Petrosains dan zoo mini Farm In The City, Planetarium Negara, Farm Fresh, AirAsia Academy, Grup Buku Karangkraf, Petrosains, Les' Copaque, AEON BiG Sdn Bhd (AEON BiG), Bank Muamalat, Bank Simpanan Nasional, Co-opbank Pertama (CBP), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Farm Fresh Selangor, Wardah dari Pharmacore Technology & Innovation dan juga Able Perfect Sdn Bhd..

Turut berlangsung SinarPlus Makan Fest, jualan rahmah FAMA, rumah hantu, uji bakat TV PSS, pemeriksaan kesihatan dan gigi, zoo mini serta kereta kuda.

Pengunjung juga berpeluang membeli buku dan mendapatkan potongan 50 peratus kad keahlian percuma seumur hidup menerusi Jualan Gudang Karangkraf 2023.

Bukan itu sahaja, Arvia Smartboard 65'' akan diberikan secara percuma kepada sekolah yang paling ramai mengunjungi karnival selain pelajar sekolah juga menerima diberi sijil peringkat negeri yang boleh digunakan untuk Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Artikel Berkaitan:

Orang ramai dialu-alukan datang memeriahkan Karnival Pendidikan Sinar Bestari yang akan berlangsung pada Jumaat bermula 9 pagi di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan:

9 pagi - pertandingan bicara berirama sekolah kebangsaan (SK), Podcast Sinar Islam Plus, Program Lestari Alam bersama Indah Water, program penulis cilik oleh Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP), Jabatan Pendidikan negeri Selangor (JPNS)dan pertandingan kawad kaki.

10 pagi - pertandingan pidato #alamsekitar X KDEB Waste management dan pertandingan koir (SK).

11.30 pagi - Pertandingan Koir (Sekolah Menengah Kebangsaan).

12 hingga 12.30 tengah hari - Sesi istimewa bersama Bank Rakyat dan tazkirah Kashoorga dari Nu Ideaktiv Sdn Bhd.

2.30 petang - Crossword puzzle competition Sinar Daily X Yayasan Selangor dan Apple Teacher oleh SSTP, JPNS.

3 petang - Majlis Perasmian Karnival oleh Menteri Pendidikan, Fadlina Sidek.

3.30 petang - Demonstrasi pertunjukan dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

4 petang - sesi penjagaan kulit bersama Wardah dan Town Hall Rakyat bersama Menteri Pendidikan, Fadlina Sidek.

5 petang - Demonstrasi pertunjukan Polis Diraja Malaysia