Imigresen serbu kuarters pekerja warga asing awal pagi

Sebahagian pekerja asing yang ditahan selepas kuarters pekerja sebuah tapak perkilangan di Ulu Choh, diserbu Jabatan Imigresen Malaysia awal pagi Isnin.
Sebahagian pekerja asing yang ditahan selepas kuarters pekerja sebuah tapak perkilangan di Ulu Choh, diserbu Jabatan Imigresen Malaysia awal pagi Isnin.
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Seramai 120 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan selepas kuarters pekerja sebuah tapak perkilangan di Ulu Choh di sini diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), awal pagi Isnin.

Pengarah JIM Johor, Baharuddin Tahir berkata, dalam operasi pada jam 1.42 pagi itu, kesemua PATI yang ditahan terdiri daripada 108 warga Bangladesh, lapan lelaki Pakistan, dua warga India, seorang lelaki warga Nepal dan seorang lelaki warga Indonesia.

Menurut beliau, operasi diadakan susulan maklumat awam berhubung PATI di kawasan tersebut tidak memiliki pas atau dokumen pengenalan diri yang sah.

Anggota Imigresen menahan warga asing ketika serbuan dilakukan di kuarters pekerja sebuah tapak perkilangan di Ulu Choh, awal pagi Isnin.
Anggota Imigresen menahan warga asing ketika serbuan dilakukan di kuarters pekerja sebuah tapak perkilangan di Ulu Choh, awal pagi Isnin.

"Operasi kali ini berdepan cabaran kerana lokasi serbuan berada agak jauh dari laluan utama.

"Kawasan penempatan pekerja serta tapak perkilangan bahan binaan dikelilingi ladang kelapa sawit.

"Terdapat 30 kontena dan bahan cerucuk besi yang membahayakan keselamatan pegawai semasa operasi," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sebahagian pekerja asing yang ditahan selepas kuarters pekerja sebuah tapak perkilangan di Ulu Choh, diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), awal pagi Isnin.
Sebahagian pekerja asing yang ditahan selepas kuarters pekerja sebuah tapak perkilangan di Ulu Choh, diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), awal pagi Isnin.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, seramai 600 warga asing telah diperiksa oleh 140 pegawai imigresen semasa operasi dijalankan.

"Antara kesalahan dikesan termasuk tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa.

Gelagat warga asing ketika serbuan dilakukan Jabatan Imigresen Malaysia, awal pagi Isnin.
Gelagat warga asing ketika serbuan dilakukan Jabatan Imigresen Malaysia, awal pagi Isnin.

“Kesemua warga asing ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c). Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Pekan Nanas untuk siasatan dan tindakan lanjut," katanya.