Warga asing 'berkeliaran' di Mini Dhaka ada pengenalan diri - Imigresen

Jafri (tengah) ketika sidang media selepas operasi bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) di Little India, Brickfields, pada Isnin. - Foto Bernama
Jafri (tengah) ketika sidang media selepas operasi bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) di Little India, Brickfields, pada Isnin. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kebanyakan warga asing yang dilihat membanjiri kawasan sekitar Jalan Sailang atau lebih dikenali dengan jolokan 'Mini Dhaka' memiliki dokumen pengenalan diri yang lengkap.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen, Jafri Embok Taha berkata, tindakan selanjutnya diambil di kawasan itu dan operasi susulan sudah dijalankan.

"Mereka bukan pendatang asing tanpa izin (PATI) tetapi warga asing yang mempunyai dokumen perjalanan dan pas lawatan sosial yang sah.

"Mereka menjadikan kawasan itu sebagai tempat untuk mereka berkumpul serta bertemu dengan rakan senegara dan tumpuan untuk bersiar-siar pada hari cuti termasuk cuti umum," katanya dalam sidang akhbar pada Isnin.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Kawalan), Datu Ken anak Leben.

Beliau mengesahkan perkara itu ketika diminta mengulas situasi terkini di lokasi itu selepas serbuan besar-besaran dilakukan di situ 21 Disember lalu.

Menurut beliau, mereka memiliki Pas Lawatan Sosial (PLS), Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) serta mempunyai dokumen Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0.

Mini Dhaka sebelum ini telah diserbu pada 21 Disember lalu menerusi operasi bersepadu dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama beberapa agensi penguat kuasa lain.

Artikel Berkaitan:

Seramai 1,101 orang telah diberkas dalam serbuan besar-besaran tersebut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!