Tiga wanita kantoi curi minyak wangi RM7,000

Beg skirt buatan sendiri itu digunakan untuk menyembunyikan barang yang dicuri.
Beg skirt buatan sendiri itu digunakan untuk menyembunyikan barang yang dicuri.
A
A
A

HAMPSHIRE - Tiga wanita ditahan kerana disyaki mencuri minyak wangi bernilai lebih 1,000 pound (RM5,425) selepas polis menemui 'beg skirt' yang disorokkan di bawah pakaian mereka.

Menerusi sekeping gambar yang diambil pihak berkuasa Hampshire Constabulary, beg skirt buatan sendiri itu jelas menunjukkan sebuah lubang besar dipercayai digunakan untuk menyembunyikan item yang dicuri.

"Tiga wanita diberkas di Winchester selepas mencuri wangian berjumlah 1,300 pound (RM7,053) dengan menyorokkannya dalam beg di bawah pakaian mereka," menurut unit tindak balas pasukan itu dalam satu kenyataan.

Selepas tangkapan dibuat, polis turut bergurau bahawa ketiga-tiga suspek bakal menikmati 'kejayaan manis' mereka. - Agensi

Artikel Berkaitan: