Naik shuttle ke Pekan Sehari Temerloh

Antara pengunjung yang menggunakan perkhidmatan shuttle disediakan MPT.
Antara pengunjung yang menggunakan perkhidmatan shuttle disediakan MPT.
A
A
A

TEMERLOH - Perkhidmatan kenderaan ulang alik atau shuttle yang julung-julung kali diperkenalkan bagi memudahkan orang ramai mengunjungi Pekan Sehari Temerloh mendapat pujian pengunjung.

Usaha Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) itu bertujuan memberi kemudahan kepada pengunjung yang berdepan kesukaran meletak kenderaan susulan lokasi berkenaan sentiasa dipenuhi orang ramai setiap kali hujung minggu.

Kenderaan yang digunakan sebagai shuttle membawa pengunjung ke Pekan Sehari Temerloh.
Kenderaan yang digunakan sebagai shuttle membawa pengunjung ke Pekan Sehari Temerloh.

Pengunjung dari Johor, Khairian Atira Abdul Khalid, 30, berkata perkhidmatan menggunakan van dan kereta itu sangat memudahkan terutama pengunjung dari luar.

“Saya mengetahui mengenai perkhidmatan ini menerusi media sosial.

“Sangat mudah, tak payah serabut nak cari parkir dan menjimatkan masa serta tenaga,” katanya yang datang bersama keluarganya.

Suri rumah, Nur Afni Abdul Hamid, 50, turut memuji usaha MPT memberi keselesaan kepada orang ramai ke tapak pasar popular itu.

“Saya dan suami ambil peluang gunakan perkhidmatan yang ada ini. Selesa dan memudahkan,” tambahnya.

Artikel Berkaitan:

Orang ramai beratur untuk menggunakan perkhidmatan shuttle.
Orang ramai beratur untuk menggunakan perkhidmatan shuttle.

Reaksi sama turut diluahkan Mohd Nor Azlan Nordin, 40, yang berharap perkhidmatan itu berterusan.

“Ini sangat menjimatkan masa kerana kalau kena parkir jauh memang ambil masa berjalan ke sini,” jelasnya.

Sementara itu, Yang Dipertua MPT, Suris Mihat berkata, perkhidmatan itu disediakan selepas berlaku kesesakan teruk akibat dikunjungi ramai pengunjung.

Pekan Sehari Temerloh menempatkan 607 peniaga sentiasa menjadi tumpuan pengunjung luar dan dalam negeri.
Pekan Sehari Temerloh menempatkan 607 peniaga sentiasa menjadi tumpuan pengunjung luar dan dalam negeri.

Menurutnya, situasi itu turut menyukarkan orang ramai mendapatkan tempat meletakkan kenderaan masing-masing.

“Jadi kita menyediakan perkhidmatan shuttle dan orang ramai boleh meletakkan kenderaan mereka di Dataran Temerloh secara percuma.

“Buat permulaan, tiga kenderaan disediakan dan perkhidmatan ini akan diteruskan hingga Februari depan,” katanya.

Tambahnya, MPT berhasrat menyediakan perkhidmatan lain seperti tram, kereta kuda dan kereta buggy, namun usaha itu akan dilakukan selepas mendapat kebenaran kerajaan negeri.

Pekan Sehari Temerloh mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) baru-baru ini, sebagai pasar pagi terpanjang di Malaysia sejauh 2.1 kilometer dengan kehadiran 607 peniaga tempatan.