Johor pertimbang sewa bangunan asrama pelajar di Jordan

Mohd Fared bertemu anak-anak Johor yang belajar di Jordan, baru-baru ini.
Mohd Fared bertemu anak-anak Johor yang belajar di Jordan, baru-baru ini.
A
A
A

BATU PAHAT - Kerajaan Johor sedang mempertimbangkan untuk menyewa bangunan kediaman di Jordan, bagi membantu pelajar dari negeri ini, yang sedang melanjutkan pengajian di sana.

Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, setakat ini terdapat seramai 250 pelajar dari Johor sedang melanjutkan pengajian di Jordon dalam bidang keagamaan.

"Terdapat permintaan daripada pelajar yang mahukan kemudahan asrama kediaman kerana kos sara hidup di Jordan semakin meningkat.

"Sebelum ini, kerajaan negeri telah menyewa dua buah bangunan di Mesir yang akan dijadikan sebagai asrama pelajar dan mengikut rekod seramai 354 orang akan ditempatkan di bangunan yang telah dibaik pulih dengan kos sebanyak RM8.4 juta," katanya.

Mohd Fared berbual bersama anak-anak Johor yang belajar di Jordan, baru-baru ini.
Mohd Fared berbual bersama anak-anak Johor yang belajar di Jordan, baru-baru ini.



Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lawatan daripada kerajaan negeri dan sumbangan yang telah diberikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, kepada anak-anak Johor yang melanjutkan pengajian di Mesir dan Jordan, baru-baru ini.

Sebelum itu, Mohd Fared yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Semerah hadir pada program Batu Pahat Berselawat di Masjid Taman Sri Sulung, pada malam Ahad.

Mohd Fared (tengah) menyampaikan sumbangan kepada anak-anak Johor yang belajar di Jordan.
Mohd Fared (tengah) menyampaikan sumbangan kepada anak-anak Johor yang belajar di Jordan.

Artikel Berkaitan:

Menurut beliau, seramai 354 pelajar anak Johor di Mesir menerima sumbangan Kerajaan Johor dengan nilai keseluruhan RM88,500 sementara di Jordan, sumbangan sebanyak RM62,500 kepada 250 pelajar.

Tambahnya lagi, Kerajaan Johor juga bersetuju memberikan sumbangan kepada Persatuan Pelajar Johor Mesir sebanyak RM50,000 bagi tujuan memperbanyakkan lagi program-program bersama pelajar yang akan diatur bersama dengan Pejabat Atase Johor Mesir.

"Sumbangan ini sebagai menghargai dan menjadi penyuntik semangat kepada para pelajar Johor agar menjadi pelajar yang cemerlang.

"Semoga mereka dapat pulang ke Johor sebagai murabbi ummah dan ilmuan agama yang terbaik dan dapat berbakti kepada Bangsa Johor," katanya