Bekas menteri Palestin terbunuh serangan udara Israel di Gaza

Sheikh Yousef Salama terbunuh pada pagi Ahad dalam serangan udara Israel ke atas rumahnya di kem pelarian al-Maghazi di tengah Semenanjung Gaza.
Sheikh Yousef Salama terbunuh pada pagi Ahad dalam serangan udara Israel ke atas rumahnya di kem pelarian al-Maghazi di tengah Semenanjung Gaza.
A
A
A

GAZA - Bekas Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Agama Palestin, Sheikh Yousef Salama terbunuh pada pagi Ahad dalam serangan udara Israel ke atas rumahnya di kem pelarian al-Maghazi di tengah Semenanjung Gaza.

Pewarta Agensi Berita Palestin (WAFA) melaporkan pesawat pejuang Israel menyasarkan kediaman Sheikh Yousef yang juga pendakwah Masjid Al-Aqsa, mengakibatkan kematiannya dan kecederaan beberapa orang ahli keluarganya.

Serangan berterusan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober mengakibatkan lebih 21,650 warga Palestin terbunuh manakala kira-kira 56,000 lagi cedera.

Ribuan penduduk masih hilang dengan 70 peratus daripada mangsa adalah kanak-kanak dan wanita. - Bernama

Artikel Berkaitan: