106 wartawan terbunuh di Gaza dalam tempoh 84 hari serangan Israel

Orang ramai memeriksa kerosakan akibat pengeboman Israel di Rafah di Jalur Gaza Selatan pada 29 Disember 2023. - Foto AFP
Orang ramai memeriksa kerosakan akibat pengeboman Israel di Rafah di Jalur Gaza Selatan pada 29 Disember 2023. - Foto AFP
A
A
A

GAZA - Tentera Israel membunuh 106 wartawan Palestin di Semenanjung Gaza dalam tempoh 84 hari sejak serangan bermula pada 7 Oktober, lapor Agensi Anadolu.

Pejabat Media Gaza memaklumkan seorang lagi wartawan TV Al-Quds terbunuh dalam serangan di Kem Pelarian Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah pengamal media yang terbunuh kepada 106 orang.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, pejabat itu berkata, Israel sengaja membunuh wartawan di Gaza untuk menutup naratif Palestin, menyembunyikan kebenaran dan menghalang berita serta maklumat daripada tersebar ke peringkat antarabangsa. - Bernama-Anadolu

Artikel Berkaitan: