Suspek kes kelar dua beradik direman

No Image Caption
A
A
A

YAN - Suspek kes kelar dua beradik di Kampung Tengah, Kuala Sungai Yan direman tujuh hari bermula hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedai, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, ia bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian itu.

"Setakat ini, kita masih melakukan siasatan bagi mengenal pasti punca itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya dalam kenyataan.

Dalam kejadian pukul 11.45 malam tadi Nurul Hanim Idris, 5 tahun, dan Mohammad Hafiz, setahun, maut dikelar ketika tidur di bilik tingkat bawah rumah mereka.

Bapa saudara mereka, Sobri Saad, 52, yang berada di rumah ketika itu turut cedera di pipi kiri akibat dilibas dengan parang oleh suspek.

Terdahulu, Mior Faridalathrash berkata suspek yang memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah berjaya ditahan sejurus kejadian.- Bernama

Artikel Berkaitan: