[VIDEO] Amaran ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri

A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka berlaku di beberapa buah negeri pada Sabtu sehingga jam 9 malam.

Sumber gambar daripada MetMalaysia menerusi siaran Facebook pada Sabtu
Sumber gambar daripada MetMalaysia menerusi siaran Facebook pada Sabtu

MetMalaysia menerusi kenyataan yang dikeluarkan jam 4.50 petang itu memaklumkan, antara negeri yang terlibat adalah Kedah meliputi Kulim dan Bandar Baharu manakala Pahang pula membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera.

Selain itu, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Batang Padang dan Mualim) turut mengalami cuaca yang sama.

Sementara itu, amaran tersebut turut membabitkan negeri Johor meliputi kawasan Pontian, Kuali dan Johor Bahru.

Bagi Sarawak pula, merangkumi kawasan Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song), Miri (Marudi) dan Limbang manakala Sabah melibatkan pedalaman iaitu Kuala Penyu serta Beaufort.