Anak muda masih terjebak aktiviti 'wheelie'

Shahrul Azhar melihat pegawai JPJ memeriksa cermin kenderaan yang ditahan.
Shahrul Azhar melihat pegawai JPJ memeriksa cermin kenderaan yang ditahan.
A
A
A

KANGAR - Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan operasi bagi menahan pelaku aksi 'wheelie' di negeri ini dalam usaha menjadikan Perlis sifar aksi ‘wheelie’.

Pengarah JPJ Perlis, Shahrul Azhar Md Dali berkata, aktiviti menunggang motosikal secara berbahaya itu masih lagi berleluasa dalam kalangan anak muda di negeri ini.

Menurutnya, aktiviti itu banyak berlaku pada malam minggu selepas jam 12 tengah malam.

"Jadi kita memburu penunggang aksi wheelie ini sepanjang operasi Ops Ambang Tahun Baru di Perlis malam tadi," katanya pada sidang akhbar selepas operasi Ops Ambang Tahun Baru di Perlis malam tadi.

Menurutnya, lokasi yang menjadi pilihan penunggang ialah jalan lurus sepanjang 25 kilometer dari sempadan Kedah - Perlis, di lebuh raya Changlon menghala ke Kuala Perlis.

"Memang sukar memburu pelaku aksi berbahaya ini tetapi JPJ akan terus meningkatkan operasi," katanya.

Menurutnya, operasi selama empat jam yang berakhir tengah malam tadi memeriksa sebanyak 275 kenderaan dan daripada jumlah itu, 88 notis saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, termasuk satu kes penyalahgunaan dadah.

Beliau berkata, berdasarkan rekod JPJ terdapat peningkatan kesalahan pemandu asing terutama Thailand iaitu sebanyak 515 kes sepanjang 2019, berbanding 384 kes pada tahun 2018.

Artikel Berkaitan:

Operasi Bersepadu Ambang Tahun Baru itu turut disertai Jabatan Imigresen Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya.