750 anggota, 144 aset PDRM dikerah ke kawasan banjir

Sebanyak 47 bot, 32 buah lori, 59 buah pacuan empat roda dan enam ambulans telah dikerah ke lima negeri yang masih ada masalah banjir - Foto: Bernama. Gambar kecil: Ayob Khan - FOTO: SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
Sebanyak 47 bot, 32 buah lori, 59 buah pacuan empat roda dan enam ambulans telah dikerah ke lima negeri yang masih ada masalah banjir - Foto: Bernama. Gambar kecil: Ayob Khan - FOTO: SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 750 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikerahkan ke lima negeri yang terjejas banjir.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, selain kekuatan sumber manusia, pihaknya turut menggerakkan 144 aset ke lokasi terbabit.

"Berdasarkan laporan berkala, keadaan banjir hari ini lebih baik berbanding hari sebelumnya.

"Setakat 28 Disember (semalam), sebanyak 47 bot, 32 buah lori, 59 buah pacuan empat roda dan enam ambulans telah dikerah ke lima negeri yang masih ada masalah banjir," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman di Pusat Latihan Polis (Pulapol) pada Jumaat.

Majlis itu menyaksikan Datuk Wan Hassan Wan Ahmad dilantik sebagai Pengarah JPJKK Bukit Aman yang baharu menggantikan Datuk Seri Aidi Ismail.

Pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan keadaan banjir dijangka mereda dalam tempoh beberapa hari lagi susulan trend penurunan air sungai di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Pakar Meteorologi di Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan dan Institut Sains Samudera dan Bumi Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata, walaupun musim Monsun Timur Laut masih aktif namun keadaan tersebut terkawal.

Artikel Berkaitan:

Antara negeri yang terjejas banjir setakat ini ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak.