Mangsa banjir di Kuala Selangor terima sumbangan LZS

Tujuh keluarga dipindahkan ke PPS selepas kediaman mereka dinaiki air menerima sumbangan LZS
Tujuh keluarga dipindahkan ke PPS selepas kediaman mereka dinaiki air menerima sumbangan LZS
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyalurkan sumbangan kepada mangsa yang terjejas dengan bencana banjir di Kuala Selangor.

LZS memaklumkan penyaluran bantuan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz, Kuala Selangor bagi meringankan beban mereka.

"Dilaporkan tujuh buah keluarga terpaksa dipindahkan kerana kediaman masing-masing telah dinaiki air banjir lantaran hujan yang berterusan.

"Sumbangan melibatkan keperluan asas seperti susu formula dan lampin pakai buang bagi keperluan bayi dan kanak-kanak.

Sumbangan disalurkan bagi meringankan beban mangsa
Sumbangan disalurkan bagi meringankan beban mangsa

"Semoga dengan sumbangan ini dapatlah meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa yang terlibat akibat musibah ini," kata LZS menerusi satu hantaran di laman Facebooknya.

Dalam pada itu, orang ramai disaran melunaskan keperluan berzakat sebelum berakhirnya 2023 bagi membolehkan LZS menyalurkan bantuan kepada lebih ramai individu yang memerlukan.

"Dengan masih berbaki beberapa hari lagi sebelum masuk ke tahun 2024, marilah bersama sama kita menunaikan tanggungjawab berzakat di LZS agar lebih banyak lagi keperluan asnaf dapat disantuni," katanya.

Artikel Berkaitan: