Throwback 2023: Dimensi baharu politik tanah air

Antara wajah-wajah yang menghiasi dunia politik tanah air sepanjang 2023. Dari kiri: Sanusi, Muhyiddin, Ahmad Zahid, Isham Jalil, Syed Saddiq, dan Ramasamy
Antara wajah-wajah yang menghiasi dunia politik tanah air sepanjang 2023. Dari kiri: Sanusi, Muhyiddin, Ahmad Zahid, Isham Jalil, Syed Saddiq, dan Ramasamy
A
A
A

BERIKUT adalah sorotan berita politik negara sepanjang tahun 2023.

7 JANUARI

BN Sabah tarik diri daripada kerajaan Sabah

- UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah menamatkan kerjasama membentuk kerajaan negeri Sabah yang dimeterai sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) pada September 2020. Pengumuman dibuat Pengerusi BN Sabah yang juga Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

10 JANUARI

3 ADUN angkat sumpah

Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Jemaah Menteri baharu Kerajaan Sabah di Istana Seri Kinabalu, Kota Kinabalu. Mereka ialah Datuk Christina Liew (Api-api), Phoong Jin Zhe (Luyang) dan James Ratib (Sugut).

16 JANUARI

UMNO Terengganu fail petisyen

Artikel Berkaitan:

Badan Perhubungan UMNO Terengganu memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan PRU15 bagi kawasan Parlimen Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, petisyen itu difailkan antara lain atas dakwaan Pas telah menyogok pengundi dengan agihan wang bantuan kerajaan negeri menerusi program i-Pencen, i-Belia dan i-Siswa.

31 JANUARI

Hishammuddin terima surat digantung UMNO

- Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendedahkan menerima surat rasmi berhubung penggantungan keahlian UMNO selama enam tahun. Surat bertarikh 30 Januari 2022 itu ditandatangani oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

1 FEBRUARI

MP PN adakan permukiman dua hari

- Seramai 74 ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) mengadakan permukiman di ibu negara selama dua hari selaras komitmen gabungan parti yang menyatakan hasrat untuk bertindak sebagai pembangkang yang efektif.

12 FEBRUARI

Azmin umum berehat

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan berehat sebentar daripada arena politik dan mahu membuat perancangan baharu. Bagaimanapun, Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) itu menerusi ciapan di laman Twitter miliknya, berkata beliau akan terus bertekad untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara.

22 FEBRUARI

Wan Saiful lepas jawatan Ketua Penerangan Bersatu

- Datuk Wan Saiful Wan Jan melepaskan jawatan sebagai Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) susulan kes mahkamah yang dihadapinya.

28 FEBRUARI

Enam ketua bahagian di Johor menang tanpa bertanding

Seramai enam calon ketua UMNO bahagian di negeri ini menang tanpa bertanding pada pemilihan parti di peringkat bahagian masing-masing. Mereka ialah Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi (Simpang Renggam); Pengerusi UMNO Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin (Pasir Gudang) dan Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed (Pulai).

Tiga lagi calon ialah ADUN Sedili, Muszaidi Makmor (Kota Tinggi); ADUN Sri Medan, Datuk Zulkurnain Kamisan (Parit Sulong) dan Datuk Abdul Ghani Abd Rashid (Sembrong).

28 FEBRUARI

Tok Mat kekal jawatan tanpa bertanding

- Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Rembau apabila menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu bagi sesi 2023/2026.

2 MAC

Tiga pencalonan Ketua Pemuda UMNO ditolak

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul mendedahkan, tiga calon yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO ditolak dalam pemilihan kali ini kerana tidak memenuhi kelayakan perlembagaan parti.

3 MAC

Tidak dibenar berceramah di masjid

- Semua pemimpin dan aktivis politik di Terengganu tidak dibenarkan menggunakan masjid serta surau bagi menyampaikan ceramah atau mengadakan sebarang aktiviti berunsur politik kepartian. Larangan itu dikeluarkan melalui kenyataan rasmi oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) setelah mendapat perkenan daripada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

4 MAC

RoS lulus usul jawatan Presiden UMNO, timbalan tak dipertanding

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa usul tambahan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO telah diterima Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

7 MAC

KDN lulus usul UMNO

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memutuskan untuk memberi pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13(1) (c) (iv) Akta 832 kepada UMNO berhubung kelulusan terhadap usul tambahan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti berkenaan.

18 MAC

Khir Toyo terima amaran Lembaga Disiplin UMNO

Lembaga Disiplin UMNO memberi amaran keras terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo selepas didapati bersalah kerana melemparkan penghinaan dan tohmahan terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos.

5 APRIL

Exco kerajaan BN-PH Melaka angkat sumpah

Semua ahli Exco kerajaan UMNO dan Pakatan Harapan (UMNO-PH) Melaka, yang turut melibatkan DAP mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam.

12 APRIL

Jamal mengadap Lembaga Disiplin UMNO

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunus dipanggil menghadap Lembaga Disiplin UMNO Malaysia di Menara Dato’ Onn atas dakwaam mengamalkan rasuah untuk mendapat undi kemenangan bagi mempertahankan jawatan itu pada Pemilihan UMNO 2023.

12 OGOS

Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri menyaksikan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menguasai Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, manakala Perikatan Nasional (PN) menguasai mempertahankan Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri menyaksikan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menguasai Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, manakala Perikatan Nasional (PN) menguasai mempertahankan Kedah, Kelantan dan Terengganu.



PRN: BN-PH, PN masing-masing kuasai tiga negeri


Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri menyaksikan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menguasai Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, manakala Perikatan Nasional (PN) menguasai mempertahankan Kedah, Kelantan dan Terengganu.

27 SEPTEMBER

Sanusi tolak pencalonan jawatan Naib Presiden Pas

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan menolak pencalonan untuk bertanding bagi jawatan Naib Presiden Pas pada Muktamar Tahunan Pas yang dijadualkan berlangsung pada 20 Oktober 2023.

3 OKTOBER

MCA gesa Anwar lepaskan jawatan Menteri Kewangan

Jurucakap MCA, Mike Chong menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melepaskan jawatannya sebagai Menteri Kewangan untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada pentadbiran negara.

7 OKTOBER

BN pertahan kerusi Pelangai

Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada Pilihan Raya Kecil (PRK) dalam pertembungan tiga penjuru menerusi calonnya, Datuk Amizar Abu Adam yang memperoleh 7,324 undi, sekali gus menewaskan Perikatan Nasional (PN) yang diwakili Kasim Samat (4,375 undi) dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli (47 undi).

7 OKTOBER

Ketua Wira Pusat Warisan keluar parti

- Ketua Wira Pusat Parti Warisan (Warisan), Mohd Ismail Ayob meletakkan jawatan serta keluar daripada parti itu.

8 OKTOBER

Isham sahut cabaran Zahid

- Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil bersedia menyahut cabaran Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk berdebat secara terbuka. Beliau meletakkan syarat bahawa debat itu mesti berlangsung di gelanggang yang neutral.

20 OKTOBER

Tun M hadir Muktamar Pas buat julung kali

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kemunculan di Muktamar Tahunan Pas ke- 69 di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam.

Beliau hadir sebagai tetamu kenamaan dan ditempatkan atas pentas muktamar bagi mengikuti majlis perasmian yang turut dihadiri Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

9 NOVEMBER

Syed Saddiq bersalah

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersalah atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada). Ahli Parlimen Muar itu turut melepaskan jawatannya sebagai Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) berkuat kuasa serta-merta.

24 NOVEMBER:

Muhyiddin umum tidak pertahan jawatan

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu (PAT) Bersatu 2023 kali ke-6 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam mengumumkan tidak mempertahankan jawatan yang disandangnya pada pemilihan parti itu akan datang.

Bagaimanapun, sehari selepas itu beliau membuat pusingan U apabila bersetuju untuk mengekalkan jawatan tersebut.

27 NOVEMBER

Ramasamy tubuh parti Urimai

- Bekas Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy menubuhkan satu parti baharu yang dikenali sebagai Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia atau Urimai yang bermaksud hak rakyat dan kaum.

2 DISEMBER

No Image Caption

Ahmad Samsuri menang besar

Pas menerusi calonnya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berjaya mengekalkan status quo apabila memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman dengan majoriti yang lebih besar, dengan penambahan lebih 10,000 undi. Menteri Besar Terengganu itu menang dengan majoriti 37,220 berbanding 27,179 undi yang dimenangi penyandang sebelum ini, Che Alias Hamid pada PRU15.

2 DISEMBER

Ketua Pejuanita Muda letak jawatan

Pemimpin sayap Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Dr Nurul Ashikin Mabahwi mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Pejuanita Muda dan Ahli Majlis Eksekutif Pusat (MEP) parti itu.

4 DISEMBER

Zahid nafi letak jawatan, hidap kanser

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan beliau akan meletakkan jawatan seperti dakwaan pihak tertentu dan ia dikaitkan dengan status kesihatan Ahmad Zahid.

6 DISEMBER

MKT UMNO pecat Isham Jalil

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mengambil keputusan untuk memecat seorang ahlinya, Isham Jalil daripada parti itu serta-merta.