Dua ekor buaya ditembak mati di Tawau

Buaya yang ditembak mati di muara Sungai Batu 5, Tawau.
Buaya yang ditembak mati di muara Sungai Batu 5, Tawau.
A
A
A

TAWAU - Dua ekor buaya jantan berjaya ditembak mati oleh sepasukan Jabatan Hidupan Liar (JHL) Tawau di dua lokasi berasingan di daerah ini pada awal pagi Rabu.

Dalam operasi kira-kira jam 3 pagi itu, buaya pertama sepanjang hampir tiga meter berjaya ditembak di muara Sungai Batu 5, sebelum seekor lagi berukuran hampir 1.8 meter turut berjaya dikesan di muara Sungai Kinabutan.

Pegawai JHL Tawau, Primus Lambut berkata, pihaknya menjalankan operasi tersebut selepas tular satu video mengenai kehadiran buaya di muara Sungai Batu 5 di sini, baru-baru ini.

Lokasi buaya dikesan di sungai di Tawau.
Lokasi buaya dikesan di sungai di Tawau.

"Hasil pemantauan berjaya mengesan dan menembak mati dua ekor haiwan tersebut dalam tempoh selang setengah jam.

"Buaya pertama yang berjaya ditembak seberat 200 kilogram manakala buaya kedua dengan berat 17 kilogram," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Primus berkata, penemuan reptilia terbabit dibimbangi mengancam keselamatan orang awam kerana berada di kawasan berhampiran penempatan.

"Orang ramai juga diminta lebih berhati-hati dengan kehadiran buaya di kawasan masing-masing dan melaporkan segera kepada pihak JHL untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, tular video berdurasi 12 saat memaparkan seekor buaya berada di tebing muara Sungai Batu 5, Tawau.

Menurut hantaran dalam Facebook meminta pihak berkuasa segera mengambil tindakan susulan kehadiran seekor buaya besar di sungai berkenaan.