Tabika Kemas dipecah masuk, televisyen dicuri

Keadaan tingkap yang diumpil bagi tujuan pecah masuk.
Keadaan tingkap yang diumpil bagi tujuan pecah masuk.
A
A
A

KOTA TINGGI - Sebuah Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Felda Lok Heng di sini kehilangan sebuah televisyen pintar bersaiz 43 inci selepas disyaki dipecah masuk pencuri dalam kejadian pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora, berdasarkan laporan dibuat oleh pekerja tabika berkenaan, kali terakhir tabika ‘ditinggalkan’ pada jam 1 tengah hari Ahad lalu.

“Pekerja tabika hanya menyedari televisyen bernilai RM700 dicuri pada jam 8 pagi pada Selasa.

"Pihak polis masih lagi menjalankan siasatan dan mengumpul bukti dlm kejadian ini.

"Kes di siasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: