Pemandu e-hailing tidak mengaku cederakan penumpang

Seorang pemandu e-hailing tidak mengaku salah mencederakan seorang wanita di lobi sebuah hotel di Kuantan.
Seorang pemandu e-hailing tidak mengaku salah mencederakan seorang wanita di lobi sebuah hotel di Kuantan.
A
A
A

KUANTAN - Seorang pemandu e-hailing dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, pada Rabu atas tuduhan mencederakan seorang penumpang wanita warga China di lobi sebuah hotel, di sini pertengahan bulan lalu.

Tertuduh, Mohd Sidek Saleh, 32, yang berstatus orang kurang upaya (OKU) bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Luqman Hakim Mohamad Usari di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas mangsa di sebuah lobi hotel di sini pada jam 6.20 petang, 16 Disember lalu.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu dengan menyerang mangsa menggunakan kerusi lipat dan dituduh mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Hakim menetapkan 24 Februari ini sebagai tarikh serahan dokumen dan pengurusan kes.
Hakim menetapkan 24 Februari ini sebagai tarikh serahan dokumen dan pengurusan kes.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.

Dalam prosiding itu, pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM15,000 ke atas tertuduh dengan syarat tambahan.

Tertuduh yang diwakili peguam, Datuk Zaharman Zainal Abidin mengemukakan rayuan bagi mengurangkan jumlah wang jaminan.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah menetapkan jaminan RM15,000 dengan dua penjamin dan mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi serta perlu melaporkan diri di Balai Polis Kuantan setiap bulan dan menyerahkan pasport pasport sehingga kes selesai.

Hakim menetapkan 24 Februari ini sebagai tarikh serahan dokumen dan pengurusan kes.