Banjir makin buruk di Terengganu, 8,808 mangsa pindah

Beberapa jalan sudah dinaiki air melibatkan tujuh daerah di Terengganu. - Foto APM
Beberapa jalan sudah dinaiki air melibatkan tujuh daerah di Terengganu. - Foto APM
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus meningkat apabila seramai 8,808 mangsa daripada 2,402 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh daerah di negeri ini.

Sehingga jam 8 pagi ini, mangsa telah dipindahkan ke 128 PPS yang dibuka di Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman, Besut, Marang, Setiu dan Kuala Nerus.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, Hulu Terengganu merupakan daerah paling teruk terjejas dengan seramai 3,005 mangsa daripada 874 keluarga sudah dipindahkan ke 34 PPS yang telah diaktifkan.

Menurutnya, mangsa banjir di daerah Dungun pula kini seramai 1,725 orang daripada 444 keluarga dan semua mereka ditempatkan di 25 PPS yang diaktifkan di sana.

Anggota penyelamat membantu memindahkan penduduk yang terjejas banjir. - Foto APM
Anggota penyelamat membantu memindahkan penduduk yang terjejas banjir. - Foto APM

"Bagi daerah Besut, 24 PPS sudah dibuka bagi menempatkan 1,609 mangsa daripada 364 keluarga yang terjejas banjir, manakala di Setiu pula melibatkan 410 keluarga terdiri daripada 1,432 individu sudah dipindahkan ke 30 PPS," kata kenyataan itu pada Selasa.

Menurut kenyataan itu, mangsa banjir di daerah Kemaman melibatkan seramai 964 orang daripada 290 keluarga dan semua mereka ditempatkan di 10 PPS yang diaktifkan di sana.

Selain itu, katanya di Marang pula kini seramai 48 individu daripada 12 keluarga yang sudah dipindahkan ke dua PPS manakala di Kuala Nerus melibatkan lapan keluarga terdiri daripada 25 orang ditempatkan di tiga PPS.

Artikel Berkaitan:

Jelas kenyataan itu, cuaca hujan masih melanda di beberapa tempat di daerah yang terlibat bencana berkenaan.