Banjir gelombang ketiga landa Terengganu

Marang dan Dungun menjadi daerah terjejas setelah hujan berterusan sejak pagi semalam. - Gambar hiasan
Marang dan Dungun menjadi daerah terjejas setelah hujan berterusan sejak pagi semalam. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Banjir gelombang ketiga mula melanda Terengganu pagi ini dengan Marang dan Dungun menjadi daerah terjejas setelah hujan berterusan sejak pagi semalam.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), sebanyak 102 orang daripada 25 keluarga ditempatkan dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Dungun manakala satu di Marang.

Di Dungun, 69 orang daripada 17 keluarga berada di PPS Dewan Serbaguna Kampung Shukor dan 21 orang daripada lima keluarga di Sekolah Kebangsaan Pusat.

Sebanyak 12 orang daripada tiga keluarga pula berlindung di PPS Dewan Sivik Wakaf Tapai di Marang.

JPBN juga memaklumkan cuaca di sesetengah lokasi di Terengganu dilaporkan hujan.

Berdasarkan laman publicinfobanjir.water.gov.my, empat sungai di Terengganu telah melepasi paras bahaya iaitu Sungai Nerus di Kampung Langkap dengan bacaan 21.72 meter (m), Sungai Setiu di Kampung Besut (17.69m), Sungai Telemong di Kuala Ping (20.1m) dan Sungai Tebak di Jambatan Tebak (18.71m). - Bernama

Artikel Berkaitan:

@sinarharianonline

Banjir kembali melanda Terengganu susulan hujan berterusan bermula Sabtu. Susulan itu, tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka masing-masing dua di daerah Dungun dan satu di Marang. #SinarHarian #SinarTerkini #VideoViral #Banjir #Terengganu #PPS

original sound - Sinar Harian