Banjir termenung: 830 mangsa masih berlindung di PPS

Banjir termenung yang melanda di 10 buah kampung di Rantau Panjang menyaksikan 830 mangsa masih berlindung di dua PPS pada Sabtu.
Banjir termenung yang melanda di 10 buah kampung di Rantau Panjang menyaksikan 830 mangsa masih berlindung di dua PPS pada Sabtu.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Banjir termenung yang melanda di 10 buah kampung dekat sini menyaksikan 830 orang mangsa masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) pada Sabtu.

Dua PPS yang masih menempatkan mangsa banjir ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To'Deh dan Gual Periok.

Daripada jumlah itu PPS SK Gual To'Deh menempatkan 464 mangsa manakala SK Gual Periok 336 orang.

Air Sungai Lancang yang bertembung dengan Sungai Golok masih melimpah masuk ke kawasan kediaman penduduk di Rantau Panjang.
Air Sungai Lancang yang bertembung dengan Sungai Golok masih melimpah masuk ke kawasan kediaman penduduk di Rantau Panjang.

Sekretariat Pengurusan Bencana Jajahan Pasir Mas, Kapten (PA) Mohd Arif Mohd Zain berkata, kampung yang masih ditenggelami banjir ialah Banggol Perol, Lachang, Terusan, Tok Daah, Gual Nibong, Kedai Lama, Kedap, Bakat, Banggol Ubi Keling dan Kok Kiyeh.

"Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang semakin menurun walaupun masih berada pada tahap berjaga-jaga.

"Dua jalan yang masih ditutup kepada semua kenderaan ialah Jalan Pengkalan Rakit-Batu Karang berhampiran Masjid Padang Licin dan Jalan SK Gual Tok Deh (padang bola)," katanya.

Artikel Berkaitan: