Lembah Pantai Berselawat gerakkan perubahan dalam komuniti

Sidek semasa berucap pada program Lembah Pantai Berselawat pada Sabtu.
Sidek semasa berucap pada program Lembah Pantai Berselawat pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kebajikan Patuh Teguh Yakin (PTY) Malaysia mengambil inisiatif menggerakkan program Lembah Pantai Berselawat untuk membuat perubahan dalam kalangan komuniti.

Presidennya, Sidek Ismail berkata, menerusi program itu, mesej disampaikan supaya penduduk bersatu padu dalam apa jua perkara atau cabaran yang dihadapi mengikut ajaran Nabi Muhammad SAW.

“Sambutan Maulidur Rasul ini untuk menjana perubahan dan membuka mata penduduk agar dapat melihat apa sebenarnya tuntutan baginda kepada kita (umat Islam) seterusnya menunjukkan Islam disebarkan bukan dengan mata pedang.

“Islam disebarkan dengan akhlak dan tersebar seluas-luasnya di seluruh dunia. Itulah perlu menjadi ikutan dan contoh kepada kita hari ini,” ujarnya.

Hadir sama, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil; penceramah, Ustaz Auni Mohamed; qari dari Aceh, Indonesia, Ustaz Alaidin Zainun; kumpulan Nur Syahadah dan Naqib Masjid Ar Rahah, Ustaz Shafie Hidayat.

Walaupun cuaca hujan, namun program itu berjaya menarik kehadiran kira-kira 1,000 orang.

Dalam pada itu, Auni berkata, al-Quran diturunkan supaya umat Islam mudah untuk mengetahui perkara asas berkaitan agama.

Ustaz Auni semasa program Lembah Pantai Berselawat pada Sabtu.
Ustaz Auni semasa program Lembah Pantai Berselawat pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

“Siapa lagi yang mampu memberikan perkara tepat mengenai Tuhan, kecuali Dia sendiri.

"Tanpa Dia memberitakan diri-Nya, manusia tidak akan kenal, tidak tahu dan tidak faham. Semua ada dalam al-Quran,” ujarnya.