KPDN Johor catat nilai rampasan lebih RM7 juta

Lilis Saslinda ( tengah) melancarkan skim harga maksimum musim perayaan (SHMMP) Krismas di sebuah pasar raya di Austin Heights pada Sabtu.
Lilis Saslinda ( tengah) melancarkan skim harga maksimum musim perayaan (SHMMP) Krismas di sebuah pasar raya di Austin Heights pada Sabtu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor merekodkan 1,277 kes dengan nilai rampasan bernilai RM7.21 juta bermula 1 Januari hingga 23 Disember.

Pengarah KPDN Johor, Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, hasil kutipan kompaun dan denda mencecah RM1.06 juta sekali gus menunjukkan peningkatan antara lapan hingga 10 peratus berbanding jumlah kutipan pada tahun lalu.

"Johor merupakan antara negeri yang merekodkan penghasilan kes. Kebanyakan kes yang diadukan lebih kepada tanda harga, harga tidak sama dengan tanda harga yang dipamerkan dan bekalan.

"Rampasan diperoleh KPDN Johor melibatkan keseluruhan nilai barang termasuk diesel dan kenderaan," katanya selepas melancarkan skim harga maksimum musim perayaan (SHMMP) Krismas di sebuah pasar raya di Austin Heights dekat sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Lilis Saslinda berkata, KPDN Johor telah melaksanakan tiga SHMMP iaitu Tahun Baru Cina, Hari Raya Puasa dan Deepavali.

Lilis Saslinda (kanan) menunjukkan ubi kentang yang termasuk Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas.
Lilis Saslinda (kanan) menunjukkan ubi kentang yang termasuk Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas.

"Berdasarkan rekod, KPDN Johor telah menjalankan pemeriksaan ke atas 1,137 pengilang, pemborong serta peruncit di seluruh negeri.

"Sebanyak 57 kes dengan nilai kompaun sebanyak RM6,700 dihasilkan sepanjang pelaksanaan skim harga ini melibatkan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, skim harga maksimum musim perayaan Krismas 2023 dilaksanakan mulai Sabtu hingga 27 Disember ini sempena sambutan perayaan Krismas.

Tambahnya, sebanyak 14 jenis barangan diwartakan bagi skim ini iaitu daging kambing biri-biri bertulang import, tomato, lada benggala hijau, kubis bulat import (China dan Indonesia), lobak merah dan cili merah.

"Pegawai penguat kuasa di seluruh negeri akan melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan di lokasi-lokasi strategik seperti di pasar awam dan pusat beli-belah yang menjual barangan keperluan perayaan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!