Dunki karya tidak dijangka

Dunki sarat dengan emosi, gelak ketawa.
Dunki sarat dengan emosi, gelak ketawa.
A
A
A

BENARLAH kata ramai, 2023 merupakan tahun buat Raja Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan kembali bersinar.

Selepas berjaya dengan dua filem pecah panggung, Pathaan dan Jawan (menjadi dua filem tertinggi di industri perfileman Bollywood tahun ini), Shah Rukh Khan muncul dengan naskhah ketiga, Dunki.Bagaimanapun, berbeza dengan dua filem sebelum ini yang mengangkat tema aksi thriller, Dunki tampil dengan genre lebih santai iaitu romantik komedi dengan sedikit elemen drama.

Filem arahan Rajkumar Hirani itu turut dijayakan oleh Taapsee Pannu, Vikram Kochhar, Boman Irani, Anil Grover, Vicky Kaushal dan Dharmendra.

Secara ringkasnya, Dunki mengisahkan tiga sahabat di sebuah perkampungan kecil di Laltu, Punjab iaitu Manu (Taapsee), Buggu (Vikram) dan Balli (Anil) yang mempunyai impian sama iaitu ke London bagi mengubah kehidupan. Malangnya, kesukaran mendapatkan visa menjadi batu penghalang.

Ragam mereka berlima untuk mendapatkan visa pasti akan membuatkan penonton teringat momen mengambil Malaysian University English Test (MUET).
Ragam mereka berlima untuk mendapatkan visa pasti akan membuatkan penonton teringat momen mengambil Malaysian University English Test (MUET).

Hardy Singh Dhillon (Shah Rukh Khan), seorang anggota tentera yang baru sahaja pulih daripada kecederaan telah ke Laltu bagi mencari lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya.

Tanpa disedari lelaki berkenaan telah meninggal dunia dan merupakan abang kepada Manu. Atas rasa terhutang budi, Hardy telah berjanji untuk membantu Manu dan rakan-rakannya untuk ke London.

Namun disebabkan kesukaran mendapatkan visa, mereka tiada pilihan lain selain menggunakan khidmat ‘dunki’ (singkatan kepada laluan ‘keldai’) yang membawa mereka mengharungi perjalanan penuh cabaran.

Artikel Berkaitan:

Dunki akan memberi penonton emosi yang pelbagai, daripada komedi yang mencuit hati sehinggalah berubah kepada air mata kesedihan. Semua itu diadun begitu baik sekali dengan jalan cerita dan gerak kamera yang kemas.

Babak lucu yang akan membuatkan penonton ketawa geli hati.
Babak lucu yang akan membuatkan penonton ketawa geli hati.

Berbeza daripada kebanyakan filem Bollywood yang mengetengahkan politik dan tugas anggota polis, Dunki akan mengangkat kisah bagaimana segelintir manusia yang sanggup meninggalkan negara mereka atas alasan mahukan kehidupan lebih baik di negara orang.

Ada beberapa babak dihasilkan berdasar kisah benar yang berlaku sebelum ini dan bagaimana pihak tidak bertanggungjawab menggunakan wang untuk menyeludup rakyat asing ke negara mereka.

Walaupun dilihat cuba ‘menghalalkan’ perbuatan memasuki negara orang lain secara haram, Rajkumar yang turut bertindak sebagai penulis skrip bersama Abhijat Joshi dan Kanika Dhillon bijak mengolah agar topik itu tidak kelihatan terlalu serius untuk dipersembahkan dalam filem tersebut.

Pengorbanan Hardy akhirnya membibitkan rasa cinta antara mereka berdua.
Pengorbanan Hardy akhirnya membibitkan rasa cinta antara mereka berdua.

Pendek kata, Dunki akan memberikan penonton ‘hidangan’ yang berbeza dan pastinya akan membuatkan emosi bergerak bagaikan menaiki roller coaster. Jika cari sebuah naskhah santai untuk ditonton pada hujung minggu, mengapa tidak untuk menjadikan filem ini pilihan. DUNKIPENGARAH: Rajkumar Hirani

PELAKON: Shah Rukh Khan, Taapsee Pannu, Vikram Kochhar, Boman Irani, Anil Grover, Vicky Kaushal, Dharmendra

GENRE: Komedi/drama/romantik

DURASI: 2 jam 39 minit

KLASIFIKASI: 13

BAHASA: Hindi

TAYANGAN: 21 Disember 2023

BINTANG: